Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah merekodkan jumlah tempahan melebihi 6,000 unit, menggambarkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia terhadap model Veloz ini.

"Sejak model Toyota Veloz serba baharu dibuka untuk tempahan, kadar pengambilan pesanan menunjukkan penerimaan positif, dan kami berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan penghantaran kepada pelanggan yang dikecualikan SST selesai sebelum Mac 2023.
Toyota Veloz 2022 merupakan MPV segmen B versi pemasangan tempatan (CKD) menggantikan dua generasi Toyota Avanza yang telah dijual sebelum ini.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, MPV segmen B Toyota Avanza telah mencatatkan angka jualan melebihi 178,000 unit sebelum ia digantikan secara rasmi oleh Toyota Veloz.
Baca: Toyota Veloz 2022