Toyota ubah APM jadi bas kucing yang comel, bakal berkhidmat di Expo Aichi Memorial Park Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkan anda pada buggy unik yang pernah dihasilkan oleh Toyota sempena penganjuran sukan Olimpik Tokyo 2020 yang lalu?

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan yang digelar sebagai Accessible People Mover (APM) itu kini diubahsuai menjadi sebuah bas kucing yang akan digunakan di Expo Aichi Memorial Park, bandar Nagakute.
 

catbus


Bas kucing APM tersebut sebenarnya mengambil ilham daripada watak animasi daripada filem "My Neighbor Totoro" tahun 1988 yang dihasilkan oleh Studio Ghibli.

Bahagian depan buggy ini menampilkan muka kucing yang sedang tersenyum, sementara unit lampu utama telah dialihkan kepada bahagian cermin sisi.
 

catbus


Di bahagian bumbung pula terdapat empat patung tikus berwarna kelabu.

Buggy APM ini masih lagi mengekalkan trenkuasa elektrik sepenuh masa, dengan jarak gerak sejauh 100 km untuk sekali cas penuh, dan mampu mencapai kelajuan serendah 19 km/j.
 

catbus


Projek bas kucing comel ini merupakan kolaborasi antara Monet Technologies selaku pengurus operasi, Toyota (produksi, sewa, penyelenggaraan dan pemeriksaan), Kotsu (pemanduan), Studio Ghibli (rekaan) dan juga Aichi Prefecture.

Ia bakal menjadikan kunjungan ke Expo Aichi Memorial Park seluas 1.85 km persegi yang lebih mesra pengguna, dan mampu menarik lebih ramai pelancong ke situ.

Baca: Toyota APM @ Sukan Olimpik Tokyo 2020


Toyota Accessible People Mover