Toyota Thai buka pra-tempahan GR Yaris, 70 unit, bermula dari RM364 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Thailand International Motor Expo di Bangkok tahun ini, Toyota Motor Thailand turut mengambil kesempatan untuk membuka tempahan bagi model hot hatch yang paling ditunggu-tunggu, GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada media tempatan Headlightmag, hot hatch GR Yaris itu mempunyai tanda harga anggaran di bawah 2.7 juta Baht (RM363,969) dengan penawaran sekitar 70 unit sahaja untuk pasaran tersebut.
 


Merujuk kepada laman web khas yang disediakan oleh Toyota Thailand, GR Yaris bakal ditawarkan dalam tiga warna utama, iaitu Super White II, Emotional Red II dan Precious Black.

Ciri lain yang ditawarkan termasuklah upholsteri tempat duduk kulit/Ultrasuede, roda stereng balutan kulit, skrin paparan berbilang info 4.2 inci, dan sistem kawalan iklim dua zon.

 


Seperti yang diketahui, tarikan utama GR Yaris adalah enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 261 PS dan 360 Nm yang memacu semua roda GR-Four menerusi transmisi manual pintar iMT dengan fungsi rev-match.

Terdapat sehingga tiga mod pemanduan yang membenarkan pemandu menentukan nisbah pembahagian kuasa kepada gandar hadapan dan belakang, iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) dan Track (50:50).

Thailand International Motor Expo akan berlangsung bermula 2 Disember sehingga 13 Disember 2020.

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…