Toyota, Subaru bangunkan MR2 generasi baharu, nadi boxer 1.6 liter hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dikhabarkan bakal memperkenalkan generasi baharu MR2 bagi melengkapkan senarai jentera prestasi tiga beradik selepas pengenalan GT86 dan Supra.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang menarik, menurut khabar angin yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Car, Toyota MR2 ini bakal menyaksikan kerjasama di antara jenama nombor satu itu dengan rakan sekutu Subaru untuk membangunkan jentera berenjin tengah (mid-engine) itu. 

Seperti mana yang kita tahu, kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut sudah lama diketahui sejak pengenalan model GT86/BRZ dan ia bakal menerima generasi baharu yang menggunakan enjin 2.4 liter konfigurasi boxer.
 


Nampaknya, mereka meluaskan lagi skop kerjasama tersebut kepada Toyota MR2 dan menurut Response.jp, model sports berenjin tengah tersebut bakal menampilkan enjin bentangan boxer (yang digunakan pada Levorg dan Crosstrek JDM) berkapasiti 1.6 liter. 

Enjin tersebut kemudian digandingkan dengan motor elektrik dengan jumlah kuasa gabungan sebanyak 296 kuasa kuda, menjadikannya ia sebuah kereta hibrid berprestasi tinggi. 

Laporan itu juga turut menyebut MR2 ini bakal menampilkan rekaan hadapan yang menyerupai konsep VIZIV, namun hanya masa yang akan menentukan adakah khabar angin ini bakal menjadi kenyataan ataupun sebaliknya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Harus diingat, sedan ini bukanlah versi penuh STI, dan ia tidak langsung diberikan sebarang…
Berita Global
Berdasarkan imej yang diperoleh daripada laman media sosial Reddit, Subaru Forester 2024 generasi…
Berita Global
Dikuasakan oleh enjin boxer 1,254 cc ShiftCam, BMW R 1250 R 2023 ini mampu menghasilkan kuasa 136…