BMW R 1250 R 2023 - roadster bernadi boxer, 136 hp, 143 Nm

oleh Mohamad Hanif|
BMW R 1250 R mungkin sekali bukanlah jentera BMW Motorrad yang paling hangat diperkatakan, namun ia bukanlah penghalang bagi BMW untuk terus melancarkan versi kemaskini untuk tahun 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dikuasakan oleh enjin boxer 1,254 cc ShiftCam, BMW R 1250 R 2023 ini mampu menghasilkan kuasa 136 hp @ 7,250 rpm dan 143 Nm @ 6,250 rpm.
 

R1250R


Menurut BMW, nadi boxer ini telah ditala untuk mendapatkan keseimbangan kuasa, kelancaran, kadar penggunaan bahan api yang lebih baik, serta pelepasan emisi yang rendah.

Untuk model tahun 2023, BMW membawakan ciri seperti unit lampu LED penuh beserta lampu membelok dan lampu nyalaan siang LED, serta opsyen lampu membelok adaptif yang turut disertakan dengan tambahan kos.
 

R1250R


Selain itu, terdapat juga skrin paparan TFT berwarna Sport Core, soket pengecasan USB dan sokongan panggilan kecemasan pintar.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah kawalan cengkaman dinamik (DTC), kawalan brek dinamik (DBC), BMW Motorrad ABS Pro, serta tiga mod tunggangan (Road, Rain, Eco).
 

R1250R


Sementara opsyen yang ditawarkan untuk R 1250 R ini merangkumi penawaran pelana tunggal, ciri pemanas tempat duduk untuk penunggang dan pembonceng, serta rim lidi bagi menggantikan rim standard asal kilang.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model baharu BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS kini didatangkan dengan ciri kefungsian serba inovatif…