Ini ialah reaksi Toyota terhadap perkembangan kenderaan elektrik (EV) dari syarikat-syarikat automotif China di negara tersebut.
Syarikat automotif China baru-baru ini telah menyuarakan hasrat mereka untuk melabur sebanyak US$1.5 bilion bagi membina fasiliti pemasangan kenderaan EV di Thailand sebagai antara aktiviti untuk mengukuhkan pasaran automotif mereka di luar negara itu.
Thailand ialah salah satu dari lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk Toyota di seluruh dunia dan ujian yang bakal bermula itu ialah untuk memastikan trak pikap elektrik Toyota boleh disesuaikan untuk kegunaan pengguna tempatan Thai.
SCMP juga menyatakan ujian awal trak pikap EV Toyota itu akan dilakukan di kawasan pantai Pattaya awal tahun hadapan dan berfungsi sebagai "songthaews", trak pikap yang menjadi teksi.
Untuk laporan penuh, sila ke pautan di bawah: