Toyota Vios 2023 raih 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
New Car Assessment Program untuk Asia Tenggara, ASEAN NCAP baru-baru ini telah menjalankan ujian terhadap sedan segmen B paling laris, iaitu Toyota Vios 2023.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa fasa 1 pada tahun 2011, yang dinilai berdasarkan 2 kategori awal iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP.

Vios 2023 telah diuji di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, di mana ia berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

Dari seri keselamatan, Vios 2023 didatangkan standard bersama 6 beg udara di kebanyakan pasaran dengan pengecualian salah satu pasarannya yang menawarkan hanya 2 beg udara.

 

2

 

Selain itu, ia dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) dan Pedestrian Protection untuk sequa varian.

Untuk bantuan pemanduan, terdapat beberapa ciri yang standard atau sebagai pilihan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), AEB Inter-Urban, AEB Pedestrian, Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Warning ( FCW), Lane Keep Assist (LKA), Blind Spot Detection (BSD) dan Auto High Beam (AHB).

Semua kelengkapan dan ciri keselamatan itu membolehkan Vios 2023 memperoleh skor 5 bintang ASEAN NCAP, dengan 78.70 mata keseluruhan.

Berikut merupakan kategori markah yang diterima Toyota Vios 2023:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 35.25 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 16.64 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 16.08 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.73 mata dari 20 mata keseluruhan

Baca: Toyota Vios 2023

Sumber: ASEAN NCAP

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…
Berita Domestik
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota…
Berita Domestik
Sehingga bulan Mac, jumlah jualan tahunan UMWT telah mencapai 25,219 unit berbanding 22,447 unit…