Empat anugerah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Best Adult Occupant Protection 2017-2020 - Toyota C-HR
- Best Safety Assist 2019 - Toyota Majesty/Granvia
- The Most 5-Star Car 2017-2020
- The Most 5-Star Car 2012-2020
Menurut Prasanna Ganesh selaku Naib Presiden Eksekutif Toyota Daihatsu Engineerig & Manufacturing (TDEM) berkata, "kami berasa amat berbesar hati untuk diiktiraf dalam pelbagai kategori bersempena sambutan ulang tahun ASEAN NCAP yang ke-10, dan akan terus komited menjadikan produk dan teknologi lebih baik dan lebih selamat berbanding masa lalu.
"Toyota mempunyai sejarah yang sangat panjang di Asia, di mana kami telah diiktiraf oleh para pelanggan kami sebagai jenama yang sinonim dengan QDR - Kualiti, Kebolehpercayaan dan Ketahanan, serta selamat.
"Kami telah memulakan aktiviti produksi di negara seperti Thailand dan Malaysia seawal tahun 1960-an, dan lebih daripada enam dekad kami berusaha untuk membangunkan produk terbaik yang bukan sahaja sesuai untuk pelanggan ASEAN, akan tetapi menambahbaik dan membawakan teknologi keselamatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat mobiliti yang mengutamakan keselamatan jalan raya dan trafik di rantau ini.