Toyota Previa Perpustakaan Los Angeles ini sudah 26 tahun berkhidmat!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 26 tahun, minivan Toyota Previa (Toyota Estima) yang dimiliki oleh Perpustakaan Awam Los Angeles ditamatkan perkhidmatannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minivan Estima generasi pertama itu digantikan dengan Toyota Sienna 2021 serba baharu yang didermakan sendiri oleh Southern California Toyota Dealers Association.

Pada tahun 1994, Toyota mendermakan sebuah Previa (serba baharu pada ketika itu) kepada perbadanan Perpustakaan Los Angeles untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program serta servis komuniti.

 


Menurut prinsipal pustakawan, Madeline J Bryant berkata, "kenderaan Previa 1994 yang dimiliki sebelum ini telah pun memberikan khidmat yang cemerlang, serta ribuan batu telah pun ditempuh selama tempoh 26 tahun ini.

"Dengan Sienna serba baharu, ia menggambarkan permulaan yang serba baharu buat perpustakaan Los Angeles, dan kami bersyukur dapat menggunakan sebuah kenderaan yang selamat, jimat bahan api dan mampu memberikan khidmat yang lebih menyeluruh kepada warga di sini.
 
 


Toyota Sienna (tiada kaitan dengan Toyota Sienta) merupakan sebuah model minivan yang dijual khusus di pasaran Amerika Syarikat bagi melawan minivan lain seperti Honda Odyssey, Kia Sedona (Grand Carnival), Chrysler Pasifica dan Dodge Grand Caravan.

Ia dibangunkan daripada platform TNGA-K - pelantar sama digunakan bagi model Camry, Highlander, Avalon, RAV4 dan Harrier.

Spesifikasi penuh Toyota Sienna 2021 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Toyota Sienna generasi baharu