Toyota pemegang paten bateri jenis pejal terbanyak di peringkat global

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, Toyota mungkin antara pengeluar yang agak ketinggalan dalam perlumbaan penawaran model-model kenderaan elektrik, namun dari sudut kajian, pengeluar itu pernah dinobatkan sebagai nombor satu pemegang paten terbanyak di dunia.

Kebanyakan daripada paten yang dianugerahkan itu merangkumi penyelidikan dalam bidang kajian bateri bagi menyokong usaha elektrifikasi jenama itu.

Tidak menghairankan apabila Toyota sekali lagi dinobatkan sebagai peneraju di dalam teknologi bateri jenis pejal (solid-state) berdasarkan laporan terbaharu daripada Nikkei Asia.

Menurut laporan, Toyota kini memegang sejumlah 1,331 paten di dalam teknologi tersebut, diikuti Panasonic (445 paten), Idemitsu Kosan (272 paten) dan tidak ketinggalan Samsung yang berada di tempat keempat.

Teknologi baharu bateri jenis pejal ini nampaknya tidak akan muncul pada mana-mana kenderaan elektrik, sebaliknya Toyota merancang untuk memasang unit bateri pertama ini pada model hibrid yang akan diperkenalkan beberapa tahun akan datang - berkemungkinan besar generasi baharu Prius.
 

paten


Toyota telah pun mengkaji bateri jenis pejal ini sejak dari tahun 1990an lagi, di mana paten yang terkumpul itu merangkumi pelbagai sudut termasuklah struktur bateri, bahan dan proses pembuatan.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan Panasonic untuk menghasilkan bateri jenis pejal ini setelah menubuhkan syarikat kerjasama pada tahun 2020.

Selain daripada Toyota, Nissan juga turut berminat untuk menawarkan EV dengan teknologi bateri jenis pejal yang akan mula dijual pada tahun 2028.

Antara faktor utama yang menjadi penghalang pada ketika ini adalah kos.

Menurut Nissan, kos penghasilan bateri jenis pejal ini adalah sekitar $75 (RM333.60) per kWh di mana mereka berazam untuk menurunkan lagi kos kepada $65 (RM289.12) per kWh, menjadikannya sama mahal dengan kos untuk membangunkan model berenjin pembakaran dalaman.
 

bateri


Pada ketika ini, kos penghasilan bateri EV adalah menghampiri $130 (RM578) per kWh secara purata.

Dengan adanya teknologi bateri jenis pejal, ia dikatakan mampu untuk dicas dengan lebih cepat, bertahan lebih lama dan mempunyai ketumpatan tenaga yagn jauh lebih besar berbanding pek bateri sedia ada.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…
Berita Global
Toyota Proace Verso Electric 2021 Eropah   Siri Proace Verso kini digerakkan rangkaian kuasa…
Berita Global
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya…