Toyota Passo terus kekal dijual di Jepun - Ada yang rindu?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selama bertahun-bertahun Perodua Myvi berjaya menambat hati ribuan pengguna tempatan. Myvi menjadi ayam tambatan Perodua dan ia adalah satu keputusan tepat oleh pengeluar nasional itu.

Setelah dua generasi menjenamakan semula Daihatsu Boon, Perodua mengorak langkah untuk berdiri di atas kaki sendiri. Myvi generasi ketiga yang dilancarkan November 2017 adalah hasil reka bentuk anak tempatan.

Jika sebelum itu Myvi menggunakan produk Daihatsu, kali ini jenama Jepun itu pula yang menjenamakan Myvi sebagai Sirion di Indonesia.

Selain Boon dan Sirion, Myvi terdahulu mempunyai sebuah lagi kembar dikenali sebagai Toyota Passo. Model ini bersama Boon masih lagi dijual di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Passo

 

Perbezaan ketara ialah kedua-dua model itu jauh berbeza berbanding Myvi generasi ketiga. Jika Myvi menggunakan gaya reka bentuk 'tajam', Passo dan Boon pula cenderung kepada karakter 'comel'.

Pada Oktober 2018, Toyota melancarkan Passo dengan perubahan reka bentuk minor. Strategi Toyota dalam memasarkan Passo ialah dengan menggunakan dua reka bentuk berbeza iaitu Passo MODA dan Passo X.

Kedua-duanya mempunyai gaya berbeza sama seperti Perodua Axia AV dan Style. 

Passo MODA hadir dengan bampar yang mempunyai gril besar, lampu bulat dan warna dua tona. Passo X pula lebih sederhana dengan reka bentuk bampar konvensional dan lampu membujur.

Toyota Passo

MODA G lebih premium dengan roda aloi 15 inci, balutan kulit sintetik dan fabrik dan tombol gear balutan kulit.

Dari segi keselamatan, kenderaan di Jepun harus dipuji. Passo dilengkapi sistem Smart Assist yang terdiri dari brek kecemasan dengan pengesan pejalan kaki dan lampu puncak automatik juga dengan pengesan pejalan kaki pada waktu malam.

Turut dilengkapi ialah paparan panoramik untuk membantu pemandu dalam urusan parkir. 

Menggerakkan Passo ialah enjin 1.0L 1KR-FE dengan padanan transmisi CVT. Jenis pacuan pula ada dua pilihan iaitu roda depan dan empat roda (4WD).

Toyota Passo

 

Berkenaan harga, varian asas iaitu Passo X S dijual pada JPY1,177,200 manakala varian paling premium MODA G 4WD pada JPY1,868,400.

Sewaktu pelancaran, Toyota mensasarkan untuk menjual 4,000 unit Passo setiap bulan. Passo dikeluarkan oleh Daihatsu di kilang yang terletak di Kyoto.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…