Toyota 'kitar semula' Supra remuk jadi bahan bantu mengajar

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia ini, setiap yang bermula perlu ada pengakhirannya, tidak kira manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, serta barangan yang kita gunakan seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebiasaan untuk sesebuah kenderaan yang sudah rosak teruk atau 'total loss', ia akan dihantar ke pusat pelupusan untuk dijadikan besi sekerap, dan bahan-bahan yang penting akan dikitar atau digunakan semula, atau dijadikan benda baharu.

 


Seperti contoh, sebuah Toyota GR Supra yang remuk ini sudah mendapat 'kehidupan' baharu apabila Toyota mendermakannya kepada sebuah pusat latihan kenderaan yang terletak di Great Britain.

Paul Collins selaku pengarah pusat tersebut memberitahu, ia adalah pertama kali Toyota meminta syarikat insurans untuk mendapatkan badan/casis Toyota Supra yang malang itu, dan syarikat itu bermurah hati mendermakannya kepada Toyota.

 


GR Supra yang remuk itu dileraikan dan sebilangan bahagian casis yang masih lagi elok digunakan semula sebagai bahan bantu mengajar kepada juruteknik dan mekanik.

Untuk pembinaan model GR Supra, Toyota menggunakan beberapa jenis bahan aluminium yang berbeza, dan setiap satunya dibezakan dan diwarnakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

 


Menurut Paul Collins lagi, dengan menggunakan badan Supra yang togel itu, mereka dapat mengajar kepada para juruteknik tentang penggunaan bahan yang mampu memberikan kesan kepada prestasi serta keupayaan keselamatan sesebuah kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…