Toyota jalankan modifikasi enjin GR Yaris supaya mampu terima bahan api hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Bahan api hidrogen lebih sinonim dengan trenkuasa sel bahan api yang digunakan sebagai alternatif kepada kenderaan elektrik bateri.

Namun, Toyota dilaporkan sedang membangunkan enjin pembakaran dalaman yang mampu untuk membakar bahan api hidrogen untuk kegunaan perlumbaan sebagai sebahagian daripada perancangan untuk mencapai sasaran mobiliti neutral karbon.

Tidak seperti Toyota Mirai yang menggunakan trenkuasa sel bahan api, enjin perlumbaan baharu ini menggunakan asas daripada enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo (kod enjin G16E-GTS) yang didapati pada Toyota GR Yaris.

Enjin baharu ini bakal mendiami jentera lumba berasaskan Corolla Sport di dalam perlumbaan endurance Super Taikyu di Jepun pada 21 Mei ini.

Menurut Toyota, proses pembakaran di dalam enjin hidrogen ini berlaku pada kadar yang lebih pantas berbanding enjin konvensional, sekaligus meningkatkan tahap responsif enjin tersebut.

Tambahan pula, hasil pembakaran hidrogen tidak melepaskan sebarang emisi CO2 ke atmosfera.

Daripada situ, Toyota juga merancang untuk memperluaskan teknologi enjin hidrogen ini untuk kegunaan jentera jalanan yang mesra alam, dan dalam masa yang sama menawarkan keseronokan pemanduan yang tersendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pelaburan bertempoh 10 tahun itu merupakan sebahagian daripada projek yang telah diumumkan sebelum…
Berita Global
Namun, satu teknologi baharu dikatakan mampu untuk memanjangkan lagi tempoh bermain tanpa…
Berita Global
Berdasarkan laporan terdahulu, generasi baharu Toyota Avanza dijangka akan diperkenalkan menjelang…