Toyota, Idemitsu kerjasama bangunkan bateri jenis pejal untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
Toyota mengumumkan kerjasama dengan Idemitsu Kosan untuk membangun dan memproduksikan bateri jenis pejal (solid state battery) untuk kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama ini merupakan susulan daripada pengumuman yang dibuat pada Jun lalu, di mana pengeluar terbesar dunia itu mahu memperkenalkan bateri berprestasi tinggi dengan jarak gerak lebih jauh dan kos pembuatan yang lebih rendah.
 

ev


Kolaborasi tiga fasa itu bakal menyaksikan bateri generasi baharu itu akan dikomersialkan pada tahun 2027-2028, disusuli dengan produksi massa berskala penuh.

Idemitsu telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi asas bateri jenis pejal sejak tahun 2001 lagi, manakala Toyota pula bermula pada tahun 2006.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…