Toyota henti operasi di Ukraine, pengeluaran di Rusia turut terjejas!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota St Petersburg
Toyota St Petersburg
Toyota Motor merupakan syarikat automotif gergasi dengan operasi di serata dunia. Konflik yang berlaku di Ukraine sekarang ini turut memberikan impak kepada syarikat.

Toyota mempunyai operasi di kedua-dua Ukraine dan Rusia dan dengan itu keutamaan syarikat ialah bagi memastikan keselamatan para pekerja dan juga rakan pembekal.

Susulan konflik yang berlaku Toyota mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti pengeluaran di Ukraine dan Rusia.

Kenapa operasi pengeluaran di Rusia juga terlibat sedangkan konflik berlaku di Ukraine? Faktor utama ialah rantaian pembekalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota St Petersburg

 

Berikut disenaraikan tindakan yang diambil oleh Toyota di Ukraine dan Rusia:

  • Toyota Ukraine telah menamatkan kesemua aktiviti sejak 24 Februari. Operasi syarikat merangkumi khidmat jualan dan selepas jualan di 37 lokasi dan pengedaran yang dimiliki Sumitomo Corp.
  • Toyota Motor Russia menghentikan operasi di kilang St Petersburg pada 4 Mac dan telah menghentikan aktiviti import kenderaan disebabkan gangguan rantaian bekalan. 
  • Toyota Rusia mempunyai operasi jualan dan selepas jualan di 168 buah lokasi.
  • Kilang di St Petersburg mengeluarkan RAV4 dan Camry untuk pasaran Rusia dan turut dieksport ke Belarus, Kazakhstan dan Armenia.
  • Lain-lain operasi pengeluaran dan penjualan di Eropah berjalan seperti biasa.

 

Toyota St Petersburg

 

Rangkaian Toyota di negara yang bersempadan dengan Ukraine telah pun memulakan beberapa tindakan dalam memberi sokongan kepada para pekerja Ukraine termasuk keluarga mereka.

Di antara langkah yang diambil ialah membantu dalam pemindahan ahli keluarga terdekat dari Ukraine ke beberapa destinasi lain termasuk keperluan seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya.

Lagi bantuan sokongan kemanusian sedang dirancang dan akan diumumkan kemudian.

Mari kita doakan untuk keamanan dunia tidak mengira lokasi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…