Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, jualan kenderaan hibrid petrol-elektrik di A.S. dilihat semakin melonjak.
Pembuat kereta dan pembekal dilihat bakal menambah kapasiti untuk membina kenderaan hibrid petrol-elektrik dan hibrid plug-in untuk pasaran A.S.
Menurut penganalisis, ia merupakan respons kepada peningkatan permintaan pengguna untuk teknologi yang General Motors (GM), dan pembuat kereta lain pernah merancang untuk berhenti secara berperingkat pembangunan EV.
Jualan hibrid di A.S. dilihat telah meningkat lima kali cepat daripada jualan EV pada Februari menurut kata Morgan Stanley.
Tambahan itu, menurut Stellantis, Jeep Wrangler versi plug-in hibrid turut menyumbang separuh daripada jumlah jualan Wrangler di A.S. pada separuh kedua 2023.
Ia meningkat daripada 37 peratus pada separuh pertama tahun ini.
Jualan Ford Motor hibrid turut meningkat hampir 37 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Ia didorong oleh permintaan untuk trak kompak hibrid Maverick yang dijual bermula pada $25,315 (RM120,000).
Maverick hibrid kini menyumbang kira-kira separuh daripada jualan model dan peniaga berkata mereka boleh menjual lebih banyak jika Ford boleh membinanya.
Naib presiden Ford untuk pembangunan produk, Jim Baumbick memberitahu Reuters, "Kami terpaksa tergesa-gesa untuk menambah kapasiti untuk Maverick.
"Kami menambah peralihan ketiga keseluruhan untuk bertindak balas terhadap permintaan.”katanya.
Laporan penuh di Reuters