Toyota GR86 TRUENO Edition 2024 - penghormatan buat AE86 Panda Trueno, 860 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang pernah layan siri animasi Initial D, pasti sekali sekala akan terdengar frasa "Panda Trueno" yang merujuk pada skema warna hitam putih yang diguna pakai pada Toyota Corolla Sprinter AE86 Trueno.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Toyota 'menghidupkan' semula semangat Trueno (sayangnya, ciri unik lampu pop-up tidak pula dibawakan sekali) pada pewaris spiritual AE86, iaitu Toyota GR86 TRUENO Edition 2024 dengan membawakan skema warna yang hampir sama digelar Halo, serta beberapa perubahan kecil.
 

GR86


Antaranya, peredam ZF Sachs yang menggunakan gas nitrogen dan minyak untuk menyerap gegaran, memaksimumkan sentuhan dengan tanah, serta menjadikan stereng lebih stabil.

Sistem brek pula menggunakan tetapan angkup empat omboh daripada Brembo pada gandar depan, dan angkup dua omboh pada gandar belakang.
 

TRUEONO


Sementara pada ruang kabin pula terdapat tombol gear edisi TRUENO, serta plet khas yang mengesahkan hanya 860 unit sahaja edisi TRUENO yang wujud atas muka bumi ini.

Kesemua GR86 TRUENO Edition boleh didapati dalam versi manual atau automatik, diikuti dengan rim 10 jejari bersaiz 18 inci, pemegang pintu dan perumah cermin sisi berwarna hitam, serta enjin 2.4 liter FA24D yang mampu menghasilkan 232 hp dan 250 Nm.
 

86


Seperti yang disebutkan tadi, hanya ada 860 unit sahaja GR86 TRUENO Edition yang akan dihasilkan, dan kesemuanya dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Tidak cukup dengan itu, segala peralatan prestasi yang ditawarkan pada TRUENO Edition juga boleh dipadankan pada model GR86 sedia ada, serta tidak ketinggalan kelengkapan Active Safety yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong, amaran pergerakan kenderaan hadapan serta amaran sonar belakang.

Berita Berkenaan

Informasi
  Satu inovasi penting yang dibawa Tatsuo Hasegawa ialah konsep 80-plus points untuk Corolla. …
Gaya Hidup
Ya, untuk anda dan juga penulis yang gemarkan model pacuan roda belakang murah dari Toyota ini,…