Toyota GR Yaris 2024 kena cukai karbon tinggi, kos beli cecah RM560k di Perancis

oleh Mohamad Hanif|
Selepas dilancarkan secara rasmi pada acara Tokyo Auto Salon 2024, Toyota GR Yaris 2024 facelift kini sudah mula ditawarkan di beberapa buah negara, salah satu daripada ialah Perancis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja, dengan harga jualan bermula dari €46,300 (RM238,083) untuk versi manual.
 

toyota


Mahukan GR Yaris dengan kotak gear DAT, anda perlu membayar kos sebanyak €48,800 (RM250,940).

Terdapat dua opsyen yang ditawarkan, iaitu rim tempa bersaiz 18 inci berharga €2,500 (RM12,855), serta pakej Techno Pack bernilai €1,200 (RM6,171) yang menambah ciri pengesan titik buta, radar, serta sistem audio premium JBL.

Kedengaran munasabah bukan?

Namun itu bukanlah pengakhiran kepada fakta yang mahu kami sampaikan.
 

GR Yaris


Menurut laporan Caradisiac, di Perancis para pengguna perlu berdepan dengan cukai karbon yang agak tinggi dan kadar cukai itu dikira berdasarkan emisi CO2 untuk setiap kilometer.

Mana-mana kereta yang mempunyai emisi melebihi 193g CO2 per kilometer akan dikenakan cukai maksimum €60,000 (RM308,530).

Mengambil contoh GR Yaris facelift yang diperkatakan tadi, versi manual (emisi CO2 190g/km) perlu menambah €45,990 (RM236,488), menjadikan harga jualan keseluruhan mencecah kepada €92,290 (RM474,571).
 

GR  Yaris


Bagi mereka yang memilih versi auto (emisi CO2 210g/km) nampaknya perlu membayar harga yang lebih mahal, iaitu €108,800 bersamaan dengan harga RM559,468 setelah ditambah cukai CO2 sebanyak €60,000 itu tadi.

Syukur kita masih lagi duduk menetap di tanah air Malaysia.

Baca: Toyota GR Yaris 2024 (facelift)

Sumber: Caradisiac

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…
Berita Global
Tidak seperti penawaran terdahulu, Toyota dilihat memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi…