Toyota GR Supra 2021 lebih berkuasa dan tambahan stok untuk Australia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengguna di Australia sememangnya menggemari kenderaan Toyota. Hilux misalnya mencatatkan rekod kenderaan terlaris di Australia untuk tempoh yang lama.

Meskipun pengguna di sana gemarkan pikap Hilux yang sesuai dengan gaya hidup dan faktor geografi, masih ada ruang untuk kereta berprestasi.

Contohnya GR Supra, model itu menerima sambutan hangat sehingga jualan telah mencecah 345 unit sehingga hujung Januari lalu. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota GR Supra GTS

 

Kini memiliki GR Supra lebih mudah apabila Toyota Australia berjaya mendapatkan stok tambahan dan jumlah terhad boleh didapati terus daripada pengedar.

Satu lagi pengumuman penting apabila GR Supra model 2021 tidak sama dengan model sebelumnya. Toyota telah meningkatkan kuasa enjin dan membuat perubahan pada suspensi.

Model itu akan mula dipasarkan di Australia pada penghujung 2020.

Enjin 3.0 liter enam silinder GR Supra ditingkatkan sebanyak 14 peratus kepada 382hp. Kuasa enjin GR Supra di pasaran sekarang ialah 335hp dan tork 500Nm. 

 

Toyota GR Supra GTS

 

Toyota tidak memperincikan perubahan yang dibuat namun ia adalah sebahagian daripada janji sewaktu pelancaran Supra untuk ia sentiasa berevolusi. 

Toyota turut mempertingkatkan pengendalian melalui penggunaan pendakap cesi (chassis braces) pada bahagian enjin.

Pada masa yang sama, talaan damper diperbaharui termasuk pengaturcaraan pada stereng berkuasa elektrik, adaptive damper, differential dan kawalan penstabilan.

 

Toyota GR Supra GTS

 

GR Supra sebenarnya sangat baru di pasaran dan perubahan yang dibuat pantas ketika peminat masih lagi mengagumi kelahiran semula model ikonik itu.

Apa yang jelas, Toyota telah mengotakan janji untuk sentiasa memperbaharui Supra. Harga juga khabarnya akan naik sedikit.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…