Toyota GR Corolla dalam pembangunan - sasaran pelancaran 2023

oleh Mohamad Hanif|
Toyota sememangnya mahu kembali menguasai pasaran segmen kereta berprestasi tinggi, dan selepas kehadiran GR Supra dan GR Yaris, sebuah lagi jentera talaan GR akan hadir dalam masa beberapa tahun lagi.
Modenas

Menurut satu laporan daripada Auto Express, Toyota dikatakan bakal hadir dengan GR Corolla bagi memberikan cabaran kepada hot hatch lain seperti Ford Focus ST dan Hyundai i30 N.

Cakap-cakap berkenaan model Corolla yang lebih panas ini telah pun timbul tahun lalu, di mana menurut Timbalan Ketua Pereka Toyota, Toshio Kanei mengesahkan pembangunan sebuah hot hatch yang menggunakan platform Toyota Corolla. 

Model baharu GR tersebut bakal mendarat di pasaran United Kingdom pada tahun 2023 dengan penggunaan nadi tiga silinder sebaris yang sama seperti GR Yaris. 
 


Atas kertas, GR Yaris mampu menghamburkan 257 kuasa kuda dan 360 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Hot hatch cilik tersebut mampu memecut sepantas 5.5 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik pada 230 kilometer per jam. 

Kami menganggarkan model GR Corolla akan hadir dengan talaan yang lebih berkuasa dan dengan jajan-jajan yang lebih mengujakan apabila ia hadir pada tahun 2023 kelak. 

Apa yang menariknya, bukan sahaja GR Corolla akan tetapi Toyota mungkin akan memperkenalkan SUV GR C-HR dalam tempoh yang sama! 

 

C-HR? Serius ah?

Add new comment