Toyota Gazoo Racing (TGR) di MAEPS Serdang (25 - 26 Nov), 8 sebab kenapa anda perlu mai!

oleh SALINA JALIL|
Perlumbaan Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang telah berlangsung di Batu Kawan Ogos lalu meninggalkan kesan positif kepada semua mereka yang hadir.

Careta yang juga turut turun padang merasa teruja akan perlumbaan tersebut dan di sini kami kongsikan 8 sebab kenapa anda sendiri harus datang berduyun-duyun untuk pusingan seterusnya di MAEPS Serdang (tapak acara MAHA dan Art of Speed) pada 25 dan 26 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

1. Jentera perlumbaan Vios itu sendiri

Toyota Vios adalah model lazim dan kerana itu, kita tahu apa kebolehannya.

Tetapi untuk siri perlumbaan TGR ini, modifikasi minimum dilakukan untuk keselamatan.

 

Gazoo 2

 

Antaranya komponen-komponen TRD seperti:

- sistem gantungan

- roll-cage penuh

- strut bar atas dan bawah

- limited slip differential

- klac perlumbaan

- sistem ekzos

Selain dari itu, enjin dan transmisi adalah standard!

 

 

2. Perlumbaan kebolehan pelumba dan bukan jentera

Kerana Vios yang digunakan semuanya sama, maka perlumbaan TGR lebih kepada menguji bakat dan skil perlumbaan pada setiap pemandu.

Di sini, kita boleh lihat sendiri skil-skil dari pemandu seperti Tengku Djan Ley, Kenneth Koh, James Veerapan, Boy Wong, Kenny Lee, Syafiq Ali, Akina Teoh dan lain-lain.

 

 

3. Litar jalanan yang mencabar

Kita biasa dengan litar perlumbaan Sepang yang besar dan mampu memuatkan trak Mack jika mahu tetapi untuk TGR, litar yang digunakan ialah litar jalanan.

Ia sempit, pendek dan penuh dengan selekoh tajam.

Untuk sebarang aksi memotong, hanya boleh dilakukan di beberapa lokasi.

Kerana itu, anda akan lihat aksi bumper-to-bumper, aksi himpit menghimpit dan kebarangkalian untuk kemalangan yang sangat tinggi.

Dalam erti kata lain - ia seperti sebuah perlumbaan kaprix tetapi menggunakan kereta.

SANGAT SERONOK!

 

 

4. Kehadiran selebriti

Seramai lapan selebriti dijemput oleh UMW Toyota Motor untuk berlumba di dalam siri ini.

Mereka dilatih oleh pelatih-pelatih yang dilantik dan kerana mereka ini mempunyai peminat masing-masing, ribuan fan-clubs dan "pose" turun memberi sokongan kepada selebriti mereka.

 

 

5. Selebriti juga ada isu dalam litar

Seperti industri hiburan, selebriti-selebriti mempunyai "perbalahan" di dalam ruang internet dan di sini, ada yang mungkin terbawa-bawa perangai itu.

Sebenarnya, mereka lebih kepada sifat suka bertanding atau competitive spirit yang sangat tinggi.

Kerana itu, anda akan lihat betapa gigihnya mereka cuba memotong antara satu sama lain.

Anda lihat bagaimana Janna Nick yang gemar memotong di selekoh tajam, Fattah Amin yang pantang dipotong dan akan cuba melawan, Diana Danielle yang memandu dengan konsisten walau dicucuk kiri dan kanan, Syukri Yahya yang memandu dengan bersih dan teknikal serta Shawn Lee yang memang mempunyai pengalaman drift dan sukan lumba motor.

Sangat menarik, macam menonton gusti pun ada!

 

 

6. Penonton berdiri hampir dengan litar

Perlumbaan TGR tidak sebanding trek di Sepang, kerana itu, tempat penonton lebih rapat kepada litar.

Anda boleh menyaksikan sendiri Tengku Djan yang sangat klinikal semasa memandu dan teknik istimewa beliau di selekoh yang langsung tidak dapat ditiru oleh pesaing lain, atau gaya pemanduan Fattah Amin yang kadang-kala boleh dikatakan agresif dan tidak sayangkan kereta.

Anda boleh dengar sendiri bunyi ekzos dan bunyi tayar diseret, serta bunyi perlanggaran (jika ada).

Yang penting, jangan masuk ke kawasan larangan kerana serpihan komponen kereta boleh terbang dan mengenai anda ya.

 

 

7. Ada banyak pameran dan persembahan lain

Selain dari perlumbaan TGR, anda boleh melihat pameran Toyota yang diadakan di dalam khemah berhawa dingin, persembahan nyanyian dan tarian, aksi stunt dari Team Toyota dengan pemandu drift dari Jepun serta makan di gerai-gerai dan food truck yang wujud.

Banyak juga aktiviti untuk kanak-kanak disediakan, bermakna anda boleh membawa seluruh keluarga anda ke sana!

 

 

8. Ia percuma

Tidak banyak perkara yang percuma sekarang ini tetapi kemasukanTGR festival adalah percuma.

Toyota membelanjakan berjuta-juta RM untuk siri perlumbaan TGR ini ya.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memahami kenapa Perlumbaan Batu Tiga Shah Alam dahulu menjadi lagenda - ini sudah hampir kepada itu!

 

gazoo 10

 

Sekiranya anda berminat dan berhajat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlumbaan ini, layari laman web http://toyotagazooracingmalaysia.com.my/ untuk laporan terkini.

#gazooracingmalaysia #vioschallenge #AllAboutTheDrive #ToyotaMY

Anda juga boleh mengikuti perkembangan perlumbaan ini melalui portal-portal yang telah disediakan seperti di bawah:-

1.       Facebook: https://www.facebook.com/tgrmy

2.       Instagram: https://www.instagram.com/toyotagazooracingmalaysia/

3.       YouTube: https://www.youtube.com/c/TOYOTAGAZOORacingMalaysia

 

gazoo 11

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Berikut adalah permainan e-sukan mempunyai hadiah paling tinggi pada tahun 2018 :  1. Dota 2…