Adakah e-sukan permotoran mempunyai masa depan di Malaysia?

oleh Penyumbang Rencana 2|
Apabila tampuk pemerintahan negara berubah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq bersungguh-sungguh membawa dan mempromosi e-sukan sehingga menerima respon dari pengeluar kompenan dan peralatan e-sukan Razer Min-Liang Tin yang berminat melabur untuk e-sukan di Malaysia dengan nilai pelaburan RM 10 juta.


Pada pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, kelulusan dana telah dinyatakan sehingga RM20 juta untuk pembangunan e-sukan ini.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

pic ss

 

Berikut adalah permainan e-sukan mempunyai hadiah paling tinggi pada tahun 2018 : 


1. Dota 2
2. Counter-Strike: Global Offensive
3. League of Legends
4. StarCart 2
5. Heroes of the Storm
6. Fornite 
7. Hearthstone
8. Counter-Strike
9. Overwatch
10. SMITE
11. PUBG
12. Halo 5: Guardians
13. StarCarft: Brood War
14. WarCarft III
15. World of WarCraft

 

 

Hadiah yang terkumpul untuk semua e-sukan di seluruh dunia pada 2018 bernilai $191 juta yang direbut oleh semua pemain e-sukan perseorangan dan pasukan.

 

 

Akan tetapi malangnya tiada satu pun e-sukan permotoran tersenarai di  Esport Earning yang telah menerima hadiah wang tunai tertinggi di kelompok 15 teratas.
 

 

Bagi peminat e-sukan permotoran, permainan simulator perlumbaan yang paling popular untuk tahun 2019 :

 

 

Mereka yang berminat dengan e-sukan permotoran boleh bermula dengan hanya memiliki set dari platform komputer (PC), Konsul Sony Playstation PS4 dan Xbox One X.

 

pic2

 

Namun perlu ditambah adalah set permainan roda steering dan pedal kawalan yang menyerupai kereta lumba sebenar. Jenama alat kawalan permainan e-sukan permotoran yang paling banyak digunakan :


- Fanatec
- Logitech
- Thrustmaster

 

 

Harga set roda steering dan kawalan bermula dari RM1,300 dari jenama Logitech G29 sehingga set premium Fanatec yang lengkap yang mampu mencecah harga puluhan ribu.

 

Harga yang agak tinggi untuk permulaan tidak termasuk harga komputer,konsul, monitor, headset, kamera video web (webcam) dan talian internet tanpa had menyebabkan mereka yang benar-benar berminat akan melabur untuk membeli set permainan e-sukan permotoran.

 

Bolehkah e-sport perlumbaan kereta dijadikan kerjaya? Pada tahun 2017 Rudy Van Buren memenangi pertandingan World Fastest Gamer dan dilantik oleh pasukan Formula 1 McLaren untuk menjadi pemandu simulator di McLaren.

 

pic 3

 

Kejayaan Rudy Van Buren telah diistiharkan sebagai kerjaya terbaik e-sukan permotoran dalam sejarah sukan permotoran. Rudy Van Buren yang berkerjaya sebagai pengurus jualan berasal dari Belanda telah menewaskan lebih 30 ribu peserta World’s Fastest Gamer musim pertama pada 2017.

 

Antara permainan simulator e-sukan permotoran yang popular di Malaysia:


 

 

Permainan Grand Turismo yang dibangunkan oleh studio Polyphony Digital dan Raceroom dari studio Sector3 Studio yang pernah menganjurkan pertandingan e-sukan permotoran di Malaysia.

 

Toyota adalah satu-satunya pengeluar kereta di Malaysia yang menganjurkan perlumbaan e-sukan permotoran di Malaysia dengan hadiah terkumpul berjumlah RM70 ribu dan ianya merupakan hadiah tunai tertinggi yang pernah ditawarkan di Malaysia.

 

pic 5

 

Toyota Gazoo Racing Velocity Esports Championship yang dianjurkan oleh Toyota menggunakan permainan dari Grand Turismo untuk pertandingan peringkat nasional.


Mior Hafiz wakil e-sukan permotoran Malaysia ke peringkat dunia.

 

Nama Mior Hafiz mula tular apabila beliau layak untuk mewakili Malaysia ke FIA Motorsport Games untuk kategori Digital Cup di Rome, Itali untuk tahun 2019 setelah menjadi juara dan memenangi e-sukan eRacing Grand Prix Sea pada September lalu.

 

Mior Hafiz juga pernah menjadi juara Toyota Gazoo Racing Velocity Esports Championship pada tahun 2018 dengan kemenangan wang tunai RM10 ribu, hadiah tertinggi yang pernah dimenanginya.

 

Sepanjang penyertaan beliau di pertandingan e-sukan permotoran sejak dari tahun 2016 lagi,  Mior Muhammad Hafiz telah berjaya mengumpul wang kemenangan keseluruhan hampir RM20 ribu.

 

Kemenangan pertama adalah pada 2017, di tangga ke 4, F1 Playbox dengan hadiah papan kekunci dan tetikus edisi khas e-sukan.
 

 

 

Bermodalkan lebih RM5,000 dan dibantu oleh ahli keluarga untuk membina set komputer dan PS4 simulator perlumbaan dirumahnya, bagi meningkatkan kemahiran serta berlatih menyertai kejohanan e-sukan permotoran.

 

Hanya set peralatan roda stereng dan kawalan bukan dari modalnya sendiri kerana ia adalah hasil dari kemenangan F1 Playbox pada tahun 2018. Pada kejohanan eRacing Grand Prix SEA 2019 lalu, Mior Hafiz telah menjadi juara keseluruhan, pusingan terpantas dan menduduki kedudukan Pole paling banyak.

 

Dengan peruntukkan RM20 juta untuk memajukan e-sukan yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan dari Belanjawan 2020, di harap kerajaan akan memberi bantuan dan galakan kepada e-sukan permotoran di Malaysia, juga memberi saranan dan galakan kepada pengeluar kereta di Malaysia untuk turut sama membantu e-sukan permotoran di Malaysia.

 

Sangat mengecewakan kerana hanya UMW Toyota sebagai pengeluar kereta tunggal dilihat berperanan mengadakan e-sukannya sendiri di Malaysia.

 

Mior Hafiz dari penjual air Milo, telah membuktikan  dan mampu menjadi wakil Malaysia ke kejohanan FIA Motorsport Games 2019 pada 1-3 november ini di Rome pasti memberi inspirasi kepada ramai lagi peminat e-sukan permotoran di Malaysia.

 

 

Penulis: Mohamad Qalif

Pautan Rujukan :
- Toyota Gazoo Racing Velocity Esports Championship : https://toyotavelocity.com/
- Facebook Mior Hafiz : https://www.facebook.com/miorkristar
- Esport Earnings : https://www.esportsearnings.com/
- Best Steering Wheels for Pc Gaming for 2019 : https://www.pcgamer.com/best-steering-wheels-for-pc/
- Best Racing Games - https://www.pcgamesn.com/10-best-racing-games-pc
-Rudy Van Buren Wins World’s Fastest Gamer to Become Official McLaren Simulator Driver - https://www.mclaren.com/racing/2017/worlds-fastest-gamer/rudy-van-buren-wins/
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, kerajaan Malaysia menyediakan sehingga RM20 juta bagi merancakkan lagi pertumbuhan e-…
Berita Global
Dalam persidangan International Olympic Committee yang dianjurkan pada 22 April lalu, mereka…
MotorGP
  Perlumbaan di Qatar yang dijadualkan pada 8 Mac lalu terpaksa dibatalkan dan semua perlumbaan…