Toyota dedah teaser GR Corolla dalam iklan GR86 (lagi)

oleh Mohamad Hanif|
Toyota sekali lagi sengaja mendedahkan kelibat hot hatch terbaharu GR Corolla yang bakal dilancarkan kelak di dalam iklan promosi GR86.

Dalam video yang menampilkan aksi pemanduan lasak dan drift GR86 di dalam sebuah pusat membeli belah yang terbiar, terdapat satu babak di mana GR Corolla diparkir dalam kawasan kedai, dan babak terakhir di mana bahagian belakang hot hatch tersebut didedahkan.

 


Berdasarkan rekaan lampu yang menyala, boleh diandaikan rekaan bahagian belakang adalah menyamai apa yang ada pada model Corolla hatchback standard.

Sebelum ini, Toyota mendedahkan teaser dengan beberapa butiran kecil yang merujuk kepada kehadiran model GR Corolla menggunakan imej papan pemuka Corolla standard.
 

Corola


Antaranya G:16 yang merujuk kepada kod enjin G16E-GTS yang sama didapati pada model GR Yaris, angka 2,6, dan 8 merujuk kepada angka kuasa kuda GR Yaris pasaran Jepun, serta nama sebatang jalan "GR Four" pada sistem navigasi yang merupakan sistem pacuan semua roda yang dibangunkan oleh Toyota.

Sebuah lagi teaser mengesahkan GR Corolla akan dilengkapi dengan transmisi manual.
 

GR YARIS


Terdapat juga kemungkinan GR Corolla bakal dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan berdasarkan unit yang didapati pada model GR Yaris di Jepun, seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, kami tidak berniat untuk menipu anda dengan menggunakan gambar kabin Honda Civic FE,…
Berita Global
Menurut Peugeot, 408 merupakan 'spesies baharu' dengan reka bentuk fastback yang dinamik, rekaan…
Berita Global
Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru…