Toyota dedah prototaip Hilux guna sel bahan api hidrogen, ekzos keluar air

oleh Muhammad Md Tajudin|
Prototaip Toyota Hilux sel bahan api hidrogen
Prototaip Toyota Hilux sel bahan api hidrogen
Pada Disember 2022 Careta laporkan mengenai usaha Toyota dan beberapa firma lain bagi membangunkan Hilux dengan teknologi sel bahan api hidrogen.

Projek tersebut berjalan baik dan Toyota telah mendedahkan sebuah prototaip Hilux di kilang Pengeluaran Toyota United Kingdom (TMUK) di Derby, England.

Toyota bekerjasama dengan rakan konsortium iaitu Ricardo, ETL, D2H Advanced Technologies dan Thatcham Research. Projek ini menggunakan dana kerajaan UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Hilux Fuel Cell

 

Hilux merupakan ikon global buat jenama Toyota dengan reputasi yang baik dari segi ketahanan dan kelasakan.

Sebagai sebuah pengeluar dengan pelbagai teknologi elektrifikasi, projek ini tidak terlalu mudah meskipun Toyota mempunyai model sel bahan api hidrogen.

Rangkaian kuasa Hilux menggunakan perkakasan utama dari Toyota Mirai dan kualitinya telah terbukti dalam tempoh pengkomersialan hampir satu dekad. 

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

Apabila dipandu, sel bahan api tidak mengeluarkan sebarang emisi kecuali air tulen.

Dari gambar boleh dilihat tiga buah tangki bertekanan tinggi yang dijadikan tempat simpanan hidrogen.

Toyota memaklumkan Hilux itu boleh dipandu lebih 600 kilometer (km) dan lebih jauh berbanding sistem elektrik bateri.

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

Bateri hibrid yang menyimpan tenaga elektrik yang dihasilkan sel bahan api dipasang di dek belakang supaya tidak memakan ruang kabin.

Projek ini bermula pada awal 2022 dengan kajian kebolehlaksanaan dijalankan TMUK dan Toyota Motor Eropah (TME). 

Dana projek diperolehi dari Kerajaan UK melalui Advanced Propulsion Centre (APC).

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

APC adalah sebuah organisasi bukan untung yang membantu dalam membangunkan teknologi lebih bersih dan konsep mobiliti baharu.

Dana itu membolehkan program reka bentuk dan pembangunan bermula pada 1 Julai 2022 bersama rakan konsortium dan sokongan tambahan dari Toyota Motor Corporation.

Pemasangan prototaip bermula pada 5 Jun 2023 mengikut prinsip Sistem Pengeluaran Toyota di sebuah ruang khas di kilang TMUK.

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

Unit pertama siap hanya dalam tempoh tiga minggu selepas itu dan sepuluh unit pertama bakal dipasang menjelang hujung 2023.

Kenderaan tersebut akan menjalani ujian ketat bagi memastikan keselamatan, prestasi dinamik, kefungsian dan ketahanannya memenuhi piawaian model produksi.

Selain itu, projek ini juga membolehkan kakitangan TMUK membangun dan mengguna skil baharu yang berkaitan dengan kenderaan elektrifikasi dan komponen sistem hidrogen.

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

Kakitangan konsortium turut memainkan peranan utama dalam fasa awal program. Ricardo membantu dalam integrasi teknikal komponen sel bahan api ke dalam casis Hilux.

Ricardo juga akan membuat penilaian lengkap di dalam beberapa bulan mendatang sebelum keputusan pengeluaran model produksi ditentukan.

Sekiranya diterima, model produksi akan diperkenal pada lima tahun terakhir sebelum 2030.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…