Toyota dedah imej acah Avalon dan Camry versi TRD

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Malaysia ada kalanya menerima nasib yang baik apabila menerima pelancaran model yang tidak terdapat di negara lain, sebagai contoh Honda Civic Type-R FD suatu ketika dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada ketika pula, ia seakan dianak-tirikan apabila negara lain mendahului pelancaran model-model yang hebat tatkala kita baharu sahaja mengumumkan tempahan untuk sesuatu model tersebut.

Sebagai contoh, di luar sana, Toyota telah pun beberapa langkah di hadapan dengan mendedahkan imej acah memaparkan dua buah model Avalon dan Camry yang turut menampilkan lencana TRD pada rim aloi, caliper brek berwarna merah serta beberapa tambahan kit badan sporty. 

Tidak banyak maklumat lanjut yang boleh diketahui daripada sekeping gambar tersebut, namun Toyota mengesahkan kedua-dua model tersebut bakal diperkenalkan kepada umum pada 28 November ini menerusi acara Los Angeles Auto Show. 

Toyota Avalon merupakan model sedan bersaiz penuh yang hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 2GR-FKS bentangan V6 3.5 liter (301 hp) dan enjin hibrid A25A-FXS 2.5 liter (215 hp), manakala sedan saiz pertengahan Toyota Camry pula menerima pelbagai varian enjin (berbeza mengikut pasaran) termasuklah enjin 2AR-FE 2.5 liter yang diwariskan secara terus daripada model terdahulu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Berita Global
Jadi, tidak menghairankan apabila banyak produk-produk trak pikap yang tidak terdapat di pasaran…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice…