Modellista, TRD tampilkan kit badan sporti untuk Toyota Prius 2023

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Toyota Prius telah pun dilancarkan baru-baru ini, dan seperti biasa, syarikat-syarikat penala mula memperlihatkan penawaran kit badan yang dihasilkan khusus untuk model hibrid tersebut.

Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice dan Neo Advance.
 

neo


Pakej Neo Advance dan Elegant Ice menampilkan penambahan pada bahagian bampar hadapan, skirt sisi, dan tidak ketinggalan pada bahagian bampar belakang.
 

Ice


Membezakan antara kedua-dua pakej tersebut ialah kehadiran lampu LED terbina dan aksen biru yang terdapat pada bahagian bampar pakej Neo Advance, sementara pakej Elegant Ice membawakan hiasan tambahan pada bahagian lampu utama, diikuti dengan kemasan tip ekzos palsu di bahagian belakang.
 

Prius


Untuk mereka yang memilih penggayaan yang lebih sporti, TRD mengumumkan pakej GR Parts yang membawakan penambahan pada bampar depan, visor sisi, serta kehadiran lip spoiler di bahagian belakang.

Baca: Toyota Prius 2023
Baca: Kisah di sebalik Prius

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
DAMD salah satunya, menawarkan kit badan yang dinamakan sebagai Carabina yang membolehkan Suzuki…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…