Toyota daftar paten kenderaan pengisian bahan api autonomi - isi minyak tepi jalan je bro!

oleh Mohamad Hanif|
Tersadai di tepi jalan hanya disebabkan kehabisan bekalan bahan api merupakan satu perkara yang tidak diingini dalam dunia moden, apatah lagi ketika berada di lokasi yang jauh dari stesen minyak berdekatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersyukurlah kerana kebanyakan kereta masa kini sudah pun dilengkapi dengan amaran dan notifikasi yang akan membuatkan anda perlu menziarahi stesen minyak terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Namun, jika anda tergolong di dalam kelompok mereka yang sering alpa, usah risau kerana Toyota mempunyai solusi khusus untuk 'merawat' penyakit lupa itu.

 


Menurut laman web The Drive, mereka menemukan sebuah pendaftaran paten oleh Toyota yang menggambarkan sebuah dron dengan teknologi pemanduan autonomi untuk membekalkan bahan api atau tenaga elektrik di mana jua anda berada (untuk lebih faham, sila baca: stesen tenaga bergerak).

Sistem ini berkemungkinan besar mengambil inspirasi daripada cara pengisian bahan api jet pejuang di udara, atau meniru cara yang digunakan oleh BMW untuk memastikan mereka kekal membuat aksi drift paling lama di dalam sejarah.

Berdasarkan gambar paten, dron ini mampu membawa bekalan bahan api petrol, diesel, hidrogen dan juga pek bateri yang mampu digunakan untuk mengecas kereta elektrik ke lokasi yang telah ditetapkan menerusi data GPS yang dimasukkan oleh pengguna.

 


Pun begitu, tidak jelas sama ada ia boleh dioperasikan secara kendiri, atau pemandu itu sendiri yang perlu mengoperasikan dron ini untuk mengisi bahan api yang diperlukan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi ketika pengisian bahan api dibuat di tepi jalan.

Lebih penting, bilakah sistem automasi penuh (Level 5 SAE) ini akan dibenarkan beroperasi memandangkan dalam dunia ini kebanyakan kenderaan yang termaju dilengkapi dengan bantuan automasi tahap kedua SAE, dan sistem pemanduan autonomi tahap ketiga hanya akan dilancarkan bermula tahun hadapan.

Sumber: The Drive
 

aksi drift BMW sambil mengisi bahan api

sedutan aksi filem Need for Speed.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…