Toyota Corolla Cross 2021 - unit import CBU, Toyota Safety Sense, bermula dari RM124,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota akhirnya secara rasmi melancarkan model crossover terbaharu mereka, iaitu Toyota Corolla Cross 2021 yang diimport sepenuhnya dari Thailand.

Dengan menggunakan konsep "Corolla meets SUV", kehadiran model baharu ini melengkapkan lagi keluarga Corolla yang menawarkan pakej gaya hidup serba aktif.

Dari segi dimensi, Toyota Corolla Cross berkongsi jarak antara roda yang sama dengan C-HR (2,640 mm), akan tetapi ia memiliki kelebihan dimensi yang lebih panjang, lebih tinggi dan lebih lebar (4,460 mm x 1,825 mm x 1,620 mm) dengan keluasan kargo yang lebih besar, 440 liter berbanding model C-HR (388 liter).

 


Ini menjadikan Toyota Corolla Cross duduk di tengah-tengah antara C-HR (4,360 mm x 1,795 mm x 1,565 mm) dan sebuah lagi model crossover segmen C Toyota RAV4  (4,600 mm x 1,855 mm x 1,655 mm) yang dibangunkan daripada platform TNGA-K.

Corolla Cross hadir dalam satu pilihan enjin sahaja, iaitu enjin empat silinder sebaris 1.8 liter aspirasi natural yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm, padanan transmisi CVT tujuh kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan sahaja.

Sistem suspensi pula adalah jenis MacPherson di hadapan, dan Torsion Beam dengan stabilizer di bahagian belakang.

 


Perincian setiap varian adalah seperti berikut:

Toyota Corolla Cross 1.8G (RM124,000)

  • Lampu automatik halogen dengan DRL halogen
  • Lampu kabus LED
  • Lampu belakang kombinasi LED
  • Rim 17 inci, tayar 215/60R17
  • Sistem kawalan iklim zon tunggal, corong pendingin hawa di baris kedua
  • Roda stereng balutan kulit, Tilt & Telescopic
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Tempat duduk pemandu larasan elektrik lapan cara
  • Tempat duduk penumpang hadapan larasan manual
  • Brek parkir kaki
     

 

 

  • Sistem Display Audio 9 inci, sambungan Apple CarPlay, Android Auto, Miracast, USB, Bluetooth, enam pembesar suara
  • Tujuh beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Lampu Berhenti Kecemasan Automatik, ISOFIX
  • Sistem Pemantauan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS)
  • Pintu tailgate berkuasa elektrik dengan penderia tendangan
     


Toyota Corolla Cross 1.8V (RM134,000)
tambahan kepada ciri di atas

  • Lampu automatik Bi-LED, DRL LED dengan Light Curtain
  • Lampu belakang LED dengan Light Curtain
  • Rim 18 inci, tayar 225/50R18
  • Sistem iluminasi pada pintu hadapan, pemegang cawan dan tray tengah
  • Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Laluan dengan bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Radar Dinamik, Bantuan Pengesanan Laluan, Bantuan Suluhan Tinggi Automatik

 


Terdapat beberapa warna pilihan seperti Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metaalic, dan Nebula Blue Metallic.

Setiap pembelian Corolla Cross didatangkan dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan sokongan selepas jualan di seluruh negara dan ketersediaan alat ganti tulen.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24…
Berita Domestik
Sejak tempahan dibuka pada Oktober tahun lalu, Corolla Cross Hybrid mencatatkan respons yang…