Toyota Corolla Cross H2 Concept - guna nadi turbo GR Yaris, suapan bahan api hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Toyota telah membuat eksperimen dengan menyumbat enjin GR Yaris ke dalam jentera lumba Corolla Sport, serta suapan bahan api hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24 jam.

Tidak lama selepas itu, Toyota mendedahkan pula model konsep GR Yaris H2 berkuasa hidrogen, menggunakan konsep yang sama seperti jentera lumba Corolla Sport itu tadi, namun dengan meminjam tangki simpanan hidrogen daripada Toyota Mirai.
 

H2


Bagaimana pula jika trenkuasa pembakaran dalaman dengan suapan bahan api hidrogen itu dimuatkan pada model biasa, yang lebih praktikal untuk kegunaan seharian?

Ya, pengeluar Jepun itu kini mendedahkan secara rasmi Toyota Corolla Cross H2 Concept.
 

H2


Ia menampilkan enjin tiga silinder sebaris G16E-GTS 1.6 liter turbo yang diambil daripada GR Yaris, dipadankan dengan sistem suapan bahan api hidrogen, serta tangki simpanan hidrogen yang diperoleh daripada sedan Toyota Mirai.

Model konsep ini juga turut mempunyai transmisi manual enam nisbah kelajuan!

Tiada sebarang angka output didedahkan untuk model Corolla Cross H2 ini, namun berdasarkan tetapan yang serupa pada jentera lumba Corolla Sport, ia dikatakan mampu menjana kuasa sama tinggi dengan angka kuasa kuda GR Corolla (300 hp).
 

H2


Tidak seperti pengeluar lain, Toyota merupakan antara pihak yang masih percaya pada bahan api yang lebih mesra alam sebagai alternatif kepada kenderaan elektrik bateri (BEV).

Lebih penting, pembangunan model hidrogen ini tidak perlu bergantung kepada bahan nadir bumi seperti lithium dan nikel.

Dengan kemudahan infrastruktur pengisian bahan api hidrogen yang lebih meluas, model-model berkuasa hidrogen Toyota mampu menunjukkan kelebihan yang tersendiri berbanding model BEV.

Baca: Toyota Corolla Sport dengan enjin GR Yaris, suapan bahan api hidrogen

Baca: Toyota GR Yaris H2 Concept