Toyota Century SUV Convertible jadi kereta perarakan ahli gusti sumo Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, Toyota telah melancarkan Century SUV sebagai satu alternatif kepada sedan Century, di mana terdapat beberapa konfigurasi dan spesifikasi yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti sebuah kanvas yang sedia untuk dicorakkan, Toyota Century SUV boleh didapati dalam versi prestasi tinggi GRMN, bahkan ada versi yang dilengkapi dengan pintu belakang jenis gelangsar!
 

Century


Namun, satu varian unik yang tidak pernah difikirkan orang telah pun muncul di Jepun baru-baru ini, iaitu Century SUV versi convertible!

Toyota Century SUV tidaklah didedahkan pada acara Tokyo Auto Salon, sebaliknya diperlihatkan secara rasmi dalam acara Grand Sumo Tournament yang turut dihadiri sendiri oleh Akio Toyoda.
 

cenury


Menurut laporan, Century SUV ini dihasilkan berdasarkan permintaan daripada bekas ahli gusti tradisional sumo, dan bakal digunakan sebagai kereta perarakan untuk kejohanan akan datang.

Tidak seperti Century SUV yang standard, Century SUV convertible ini masih lagi mengekalkan struktur bawah badan, sementara bahagian bumbung berserta tiang B, C dan D telah pun dibuang.
 

century


Selain daripada struktur badan dan casis yang telah diperkukuh, sistem gantungan sedia ada juga telah diperkuatkan bagi menampung penambahan berat badan, terutama apabila dua orang ahli gusti sumo duduk di belakang.

Berdasarkan gambar, tempat duduk baris belakang telah ditinggikan bagi membolehkan ahli gusti sumo yang diarak itu mendapat medan penglihatan yang lebih luas.

 

cenrtury


Ini bukanlah kali pertama Toyota melakukan ubahsuai yang ekstrem terhadap kenderaan di dalam kategori 'chaffeur-driven car' ini.

Jika anda masih ingat, beberapa tahun lepas Toyota telah memperlihatkan sedan Toyota Century Convertible yang dihasilkan khas untuk keluarga diraja Jepun.
 

cenruty


Sedan empat pintu convertible itu merupakan binaan sekali (one-off) bagi menggantikan peranan Rolls-Royce Corniche III yang telah berkhidmat sejak bertahun-tahun lamanya.

Baca: Toyota Century Sedan Convertible milik Maharaja Jepun

Baca: Toyota Century SUV sesuai untuk golongan muda - Akio Toyoda

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan itu, awal tahun lalu Toyota menghasilkan pula sebuah Century SUV Convertible…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Untuk makluman, SUV baharu yang membawakan plet nama Century itu kini sedang dipasang di kilang…