Toyota Camry 2025 rasmi di Amerika, enjin hibrid 2.5 liter, FWD atau AWD

oleh Mohamad Hanif|
Dalam era yang dikuasai oleh genre SUV, sedan Toyota dilihat masih lagi mempunyai kekuatan yang tersendiri, terutama di pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di sana, Toyota baharu sahaja melancarkan sedan generasi kesembilan Toyota Camry 2025, dengan membawakan perubahan dari segi rupa paras dan penawaran trenkuasa yang lebih ringkas.

Sentuh pasal trenkuasa, Camry 2025 kini ditawarkan secara eksklusif dengan enjin hibrid 2.5 liter yang dipadankan dengan dua motor elektrik untuk versi pacuan roda depan, atau tiga motor elektrik dalam versi AWD.

 

Camry


Camry FWD mampu menghasilkan kuasa 225 hp, sementara versi AWD pula lebih berkuasa, dengan hamburan kuasa 232 hp, di mana kedua-dua versi dipadankan dengan transmisi eCVT.

Secara asasnya, Camry 2025 masih lagi kekal dengan platform TNGA-K dan bentuk badan yang sama.

Apa yang dilakukan oleh Toyota ialah dengan memberikan perubahan pada aspek gantungan serta talaan terhadap aspek pengendalian supaya lebih reponsif dan lincah.
 

Camry


Di bahagian luar, anda boleh melihat pengaruh rekaan Lexus terutama pada bahagian jeriji, diikuti dengan unit lampu LED baharu berserta lampu DRL, diikuti dengan unit lampu belakang yang lebih nipis berbentuk sepit ketam.

Ruang kabin Camry 2025 membawakan ciri seperti skrin kluster digital 7 inci, skrin infohibur sebesar 8 inci (12.3 inci untuk versi tertinggi), sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, skrin paparan head-up, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan sistem audio JBL dengan sembilan pembesar suara.

Toyota juga menawarkan bahan upholsteri yang berbeza mengikut varian, seperti contoh fabrik, SofTex, kulit serta kulit/mikrofiber untuk trim tertinggi.
 

Camry


Kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense 3.0 ditawarkan secara standard untuk semua varian, merangkumi sistem pra-pelanggaran, kawalan jelajah adaptif, suluhan tinggi automatik, bantuan keluar lorong, sistem pemantauan titik buta, dan amaran lintasan trafik belakang.

Sementara varian tertinggi pula mendapat Premium Plus Package yang merangkumi bantuan kesesakan trafik, amaran lintasan trafik depan, bantuan penukaran lorong, sistem pemantauan keliling dan bantuan parkir depan dan belakang dengan fungsi brek automatik.

Sayang sekali, Toyota dilapor menghentikan penawaran varian Camry V6, serta versi sporti TRD untuk Camry generasi baharu ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan emblem yang tertera pada bahagian belakang gambar teaser yang dibekalkan, Toyota Camry…