Toyota bakal perlihat konsep SUV elektrik 19 April ini - dibangunkan bersama Subaru

oleh Mohamad Hanif|
Minggu depan, acara pameran Shanghai Auto Show 2021 bakal berlangsung dan Toyota mengambil kesempatan untuk memperlihatkan teaser kepada model konsep SUV elektrik yang dibangunkan bersama Subaru itu.

Teaser tersebut menampilkan bahagian hadapan dengan rekaan gril yang tertutup, bampar hadapan dengan liang kemasukan udara di bahagian bawah, lampu utama LED dan logo Toyota yang berwarna biru.

Sebelum ini, Toyota telah mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah SUV elektrik menggunakan platform e-TNGA dan mendapat bantuan daripada rakan teknikal mereka, Subaru.

Senibina e-TNGA ini dikatakan sangat fleksibel dan boleh memuatkan beberapa konfigurasi pacuan seperti roda hadapan, roda belakang, sistem pacuan semua roda, serta beberapa tetapan motor elektrik dan pek bateri.

Selain Toyota, Subaru juga diberitakan bakal hadir dengan SUV baharu yang diberikan nama Evoltis.

Selain daripada SUV, beberapa jenis bentuk badan juga akan lahir daripada platform e-TNGA seperti MPV, crossover kecil, dan sedan berkuasa elektrik!

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan beberapa keping gambar yang muncul di laman web Kementerian Industri dan…
Berita Global
Biarpun berkongsi platform, Lexus RZ 450 e tampil dengan imej dan penggayaan yang tersendiri untuk…
Berita Global
Berbanding bZ4X dan Solterra yang banyak membawakan persamaan rekaan, Lexus mengambil pendekatan…