Toyota bakal hasilkan EV, caj dalam masa 10 minit, jarak operasi 500 km!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun bos besar Toyota Akio Toyoda seakan tidak begitu gembira dengan perkembangan semasa EV, namun Toyota tetap mempunyai senjata tersendiri dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi gelombang baharu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, pengeluar automotif gergasi Jepun itu bakal menjadi yang pertama untuk menjual EV yang dikuasakan oleh bateri jenis solid-state menjelang tahun 2021.

Toyota turut menjanjikan bateri baharu ini bakal menjadi pengubah rentak bukan sahaja untuk kenderaan elektrik, malah untuk industri secara keseluruhannya.

Jika dibandingkan dengan teknologi bateri lithium-ion sedia ada, bateri jenis solid-state menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi, selain kurang risiko kebakaran.
 

gambar sekadar hiasan. sumber: CAR Magazine


Bateri baharu ini dikatakan mampu mencapai jarak operasi sejauh 500 km dengan hanya sekali caj, dan masa pengecasan dari 0-100 peratus pula hanya mengambil masa kira-kira 10 minit!

Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan bilakah model baharu ini akan diperlihatkan.

Selain daripada Toyota yang kini mempunyai lebih daripada 1,000 paten yang turut merangkumi bateri solid-state, Nissan juga dikatakan sedang membangunkan bateri solid-state yang tersendiri dengan tarikh jangkaan sekitar tahun 2028. 

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…