Toyota bakal 'bunuh' nama ikonik Land Cruiser?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang sangat mengejutkan (jika benar) di dalam segmentasi SUV off-road selepas laporan Mitsubishi menghentikan produksi SUV ikoniknya Pajero pada tahun lalu.

Rakan senegaranya, Toyota pula dilaporkan akan menghentikan penawaran model SUV off-road Land Cruiser, dan nama ikonik tersebut didapati akan lenyap selepas model tahun 2021 (tahun hadapan).

Menurut laporan daripada Motor Authority (yang memetik sumber dari forum IH8MUD.com), info tersebut datangnya dari salah sebuah pusat pengedar kenderaan Toyota yang tidak mahu dikenali atas sebab tertentu.

Walaupun kenyataan sumber tersebut masih boleh dipertikaikan, tidak dapat dinafikan pada ketika ini boleh dikatakan tiada sebarang model pengganti Land Cruiser menjengah dunia bagi menggantikan generasi J200 yang telah lama berada di pasaran semenjak tahun 2007 lagi!

 


Apa yang dilakukan oleh Toyota hanyalah mendatangkan kemaskini berbentuk kosmetik bagi menjadikan ia lebih malar segar.

Beberapa bulan yang lalu, kami memetik laporan daripada laman automotif Jepun BestCarWeb di mana generasi baharu Land Cruiser bakal mengadaptasi platform TNGA di samping mengekal struktur kerangka ladder frame.

Namun, kelibat model ujian generasi baharu Land Cruiser tetap tidak memunculkan diri semenjak daripada itu.

Jadi, adakah benar Toyota akan menghapuskan nama ikonik Land Cruiser ini pada masa akan datang?

Sumber: Motor Authority

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada Mac, media Jepun melaporkan Toyota akan mengurangkan pengeluaran kenderaan bagi pasaran…
Berita Global
Melalui inisiatif GR Heritage Parts yang bermula sejak 2019, pengeluar gergasi Jepun itu telah…
Berita Global
Peningkatan Spesifikasi dan Ciri Standard Yaris Cross Bagi model Yaris Cross, Toyota memberikan…