Toyota Altis rempuh kenderaan polis elak ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Kelantan mengesahkan kejadian tular di media sosial yang berlaku pada Rabu melibatkan sebuah kereta yang merempuh kenderaan polis.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika anggota polis cuba menahan sebuah kereta Toyota Corolla Altis yang dinaiki dua lelaki di Wakaf Che Yeh, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut beliau, ketika pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut, pemandunya bertindak merempuh kenderaan polis dalam usaha meloloskan diri.

"Sebaik tiba di lampu isyarat, kereta itu sekali lagi bertindak merempuh beberapa buah kenderaan lain yang berhenti kerana lampu isyarat merah.

"Kedua-dua suspek keluar dari kenderaan mereka dan terus melarikan diri," katanya.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan menemui syabu dan pil yaba dengan nilai rampasan RM 9,815.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut lanjut turut menemui barangan peribadi milik suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi dadah yang dijumpai dan tindakan juga diambil di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu dalam keadaan berbahaya.

Muhamad Zaki turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang berlaku.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut…
Berita Domestik
Penahanan reman terhadap suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu bagi membolehkan siasatan…
Berita Global
  Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan…