G-Mart rai pemenang pertandingan pembeli bertuah

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan G-Mart baru-baru ini meraikan pemenang-pemenang pertandingan pembeli bertuah yang masing-masing membawa pulang hadiah-hadiah menarik, termasuk sebuah Perodua Axia.

Acara yang berlangsung pada Sabtu 14 Oktober lalu melihat puluhan pelanggan G-Mart hadir untuk melihat apa yang bakal dibawa pulang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua Axia sementara pemenang kedua, Mohd. Nurhisham bin Hassan memenangi sebuah Yamaha Ego Avantis.

Manogaran membeli sebuah Toyota Alphard tahun 2020 bulan lalu sementara Nurhisham pula membeli sebuah Honda Stepwgn Spada dua bulan lepas.

 

 

 

Hadiah-hadiah lain termasuklah kamera perakam dash, telefon pintar dan lain-lain.

Kumpulan G-Mart menjual sebanyak 375 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan pertandingan tersebut berlangsung.

Turut hadir semasa acara itu ialah Pengerusi syarikat, Datuk Wahid Lasiman dan isterinya, Datin Hashyimah Sarnin, yang juga merupakan Pengarah Eksekutif syarikat.