Toyota Alphard, Vellfire edisi emas - untuk pasaran Jepun sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, pengeluar Toyota telah melancarkan dua edisi khas untuk MPV kotak premium Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire, dinamakan sebagai Alphard Type Gold dan juga Vellfire Golden Eyes bermula pada 1 Mei ini.
Modenas


Bermula dari trim S, Alphard Type Gold menampilkan beberapa perubahan seperti gril hadapan berwarna krom gelap dengan kemasan metalik, manakala emblem gril pula diakhiri dengan warna emas.

Kemasan hujung bonet juga turut menampilkan warna yang serupa, diikuti dengan hiasan trim bumper  hadapan dan juga perumah lampu kabus LED.

Sementara itu, Vellfire Golden Eyes pula dibina berdasarkan spesifikasi trim Z serta penambahan ciri seperti kemasan jet black pada penghujung bonet, gril hadapan, kemasan pada tailgate, kemasan lampu belakang dan perumah lampu kabus LED.

Jadi, dimana pula datangnya elemen emas pada Vellfire ini?

 


Lihat pada trim berwarna emas yang didatangkan pada unit lampu utama, bertepatan dengan namanya Golden Eyes.

Dari segi nadi kuasa pula, kedua-dua versi ditaarkan dalam pilihan enjin petrol 2AR-FE 2.5 liter dalam pacuan dua roda atau AWD dan digandingkan dengan transmisi CVT.

Manakala versi hibrid pula didatangkan dengan enjin 2AR-FXE 2.5 liter yang menampilkan sistem pacuan semua roda E-Four.

Alphard/Vellfire edisi emas ini didatangkan dengan set rim bersaiz 18 inci dibaluti tayar 235/50 manakala versi petrol pula didatangkan dengan kemasan berkilat.

 


Ruang kabin bagi kedua-dua Alphard Type Gold dan Vellfire Golden Eyes ini mendapat kemasan upholsteri Ultra Suede berliang dan kulit sintetik pada tempat duduk, headliner fabrik hitam, serta stereng balutan kulit dengan trim kayu.

Sistem infotainmen pula menampilkan skrin paparan bersaiz 10.5 inci lengkap dengan sistem navigasi, Android Auto, Apple CarPlay serta sistem T-Connect yang diakhiri dengan sistem audio premium JBL.

Tidak ketinggalan, ciri slot kuasa outlet tunggal AC 100-volt turut didatangkan secara standard untuk versi petrol 2.5 liter, manakala versi hibrid pula didatangkan dengan slot kuasa outlet berkembar.

Para pembeli juga boleh mendapatkan opsyen slot kuasa AC 100-volt, 1,500-watt yang mampu menyalurkan sehingga tiga outlet pada satu-satu masa dengan tambahan sebanyak 48,800 yen (RM1,964).

 


Selain daripada itu, Toyota juga turut melengkapkan ciri Toyota Safety Sense termaju yang merangkumi bantuan pengesan lorong, keselamatan pra-pelanggaran, ciri pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, kawalan pelayaran adaptif, amaran lintasan trafik belakang, sistem pengesanan papan tanda dan suluhan tinggi adaptif.

Harga jualan pula bermula dari 4,240,000 yen (RM172,296) untuk versi 2WD 2.5 liter petrol, manakala versi hibrid pula hadir dengan tanda harga 5,040,000 yen (RM204,802).

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Rakaman video yang diperoleh daripada akaun Twitter かいと  menyatakan kejadian ini berlaku di Gifu,…
Berita Global
Tidak seperti Toyota Alphard/Vellfire, Lexus LM ditawarkan dengan pilihan empat tempat duduk atau…
Berita Domestik
Kedua-dua MPV Alphard 2020 dan Vellfire 2020 kini didatangkan dengan ciri keselamatan Toyota yang…