Toyota Alphard, Vellfire 2020 dengan ciri standard Toyota Safety Sense - bermula dari RM383k

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini membuka tempahan bagi model MPV premium yang dipertingkatkan spesifikasinya, iaitu Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua MPV Alphard 2020 dan Vellfire 2020 kini didatangkan dengan ciri keselamatan Toyota yang terkini, iaitu Toyota Safety Sense (TSS)
yang merangkumi item seperti:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), 
  • Amaran Penukaran Lorong (LDA), 
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA)
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) - Semua Kelajuan.

Selain daripada Toyota Safety Sense, ciri-ciri lain yang ditampilkan termasuklah:

  • Sistem Brek Sokongan Parkir
  • Sistem Infotainmen AVX 9-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto-Tersedia
  • Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
     


Untuk memastikan keselamatan MPV terjamin terutama daripada kes kecurian, Sistem Telematik Kenderaan (VTS) merupakan ciri yang menggunakan GPS/GSM bagi mengesan lokasi kenderaan sepanjang masa. 

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, sistem ini akan menghantar maklumat semasa seperti kelajuan, lokasi serta keadaan yang dihadapai kepada pengguna menerusi emel. 

Terdapat empat warna pilihan yang ditawarkan untuk Alphard dan Vellfire termasuklah Luxury White Pearl CS GF (hanya bagi Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5L); Burning Black CS GF (hanya bagi Vellfire 2.5L) dan White Pearl C, Graphite Metallic serta Black (bagi kedua-dua model).

Harga jualan untuk kedua-dua model import sepenuhnya ini pula bermula dari RM383,000 bagi model Vellfire (satu varian) dan RM465,000 untuk model Alphard dengan dua varian tersedia. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Toyota Malaysia di toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Global
Berdasarkan video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram @infoponorogo, peniaga wanita itu…