Toyota 4Active - crossover baharu dari Toyota?

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan Disember lalu, Toyota telah pun mendaftarkan hak tanda dagangan 4Active di Pejabat Pendaftaran Tanda Dagangan dan Paten Amerika Syarikat, di mana ia memberikan petunjuk pengeluar tersebut bakal hadir dengan sebuah produk baharu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut laman web Motor1, terdapat kemungkinan yang besar Toyota akan membawakan model konsep Toyota FT-4X yang pernah diperkenalkan dua tahun yang lalu. 

 


Toyota FT-4X, singkatan kepada Future Toyota Four-Wheel Drive Crossover dengan penampilan yang rugged dan retro moden dalam masa yang sama. 

Walaupun dengan dimensi yang agak kompak, Toyota FT-4X didatangkan dengan keupayaan pacuan empat roda bagi mengharungi laluan off-road yang ringan. 
 


Dari segi luaran, ia membawakan sedikit elemen gril putih yang dipinjamkan daripada jentera off-road Toyota seperti FJ40 Land Cruiser dan Toyota FJ Cruiser dengan penampilan lampu bersegi. 

Rekaan pintu belakang pula boleh dibuka dengan dua cara, cara konvensional dengan bukaan ke atas, atau dibuka secara berasingan seakan sebuah pintu sejuk dua pintu. 
 


Manakala ruang dalaman pula menempatkan pelbagai ciri menarik seperti papan pemuka dengan beberapa slot ruang barangan, corong pendingin hawa yang boleh diputar mengikut keperluan semasa, serta pemegang pintu yang boleh bertindak sebagai botol air. 

Sistem audio kenderaan ini juga boleh dicabut keluar untuk dijadikan sebagai halwa telinga terutama ketika sedang melakukan aktiviti luar. 

Ibarat zaman radio mudah alih dulu kala. 

 


Sebelum ini Toyota pernah mengumumkan perancangan untuk membina sebuah crossover baharu di kilang Alabama - yang turut digunakan oleh Mazda - dan bakal dibangunkan berdasarkan platform C Toyota New Global Architecture (TNGA-C). 

Memandangkan lebih banyak pengeluar menghasilkan pelbagai jenis model crossover subkompak, segmen pertengahan dan segmen kompak, Toyota 4Active ini mungkin calon yang bersesuaian untuk diposisikan antara C-HR dan juga RAV4. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ini adalah kali pertama di dunia Toyota bekerjasama dengan syarikat pihak ketiga untuk projek…
Berita Global
Dengan empat roda kecil, ia dilengkapi dengan bateri yang boleh diganti dan boleh dipandu di kaki…
Berita Global
Keputusan pembuat kereta Jepun untuk mengurangkan pengeluaran EV didorong oleh kelembapan dalam…