Touratech hasilkan aksesori lengkap Triumph Tiger 900

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk penunggang motosikal genre Adventure (ADV), aksesori jenama Touratech adalah antara gula-gula premium bagi jentera mereka.

Walaupun Touratech banyak membuat aksesori untuk pelbagai jenama, namun semua tahu ia mempunyai lebih fokus kepada motosikal ADV dari BMW. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pemilik Triumph Tiger 900 juga boleh menikmati aksesori Touratech kerana ia telah melancarkan barisan-barisan aksesori khusus untuk model tersebut.

 

 

Sistem pannier

Touratech menawarkan tiga jenis sistem pannier untuk Tiger 900 - Zega Pro, Zega Mundo dan Zega Evo, semuanya telah terbukti lasak kerana digunakan oleh puluhan ribuan penunggang ADV di seluruh dunia.

Kalis air dan ringan, tong-tong aiskrim mahal ini menjadi kegilaan ramai.

Sayangnya tidak seperti BMW, Touratech tidak menghasilkan model khusus bagi memuatkan lekuk ekzos Tiger 900. Oleh kerana itu, kami kira tong sebelah kanan akan "terkeluar" lebih sedikit dari yang sebelah kiri.

Saddle-bag

Untuk yang tidak gemarkan tong aluminium aloi, Touratech juga ada sistem saddle-bag yang kalis air dan menggunakan bahan nylon 1,000 denier yang lasak dan sukar untuk koyak.

 

 

Skid plate

Pelindung bawah enjin Expedition dari Touratech menggunakan kepingan aloi setebal 4mm untuk memastikan bahagian motosikal anda terlindung ketika tunggangan lasak.

Ia juga mempunyai rel dari nylon-polyamide agar motosikal boleh "melungsur" di atas permukaan keras. 

Contohnya, ketika anda hendak menyeberang pembahagi jalan yang tinggi kerana hendak lari dari suami orang. 

 

 

Crash bar

Ramai terlupa bahawa situasi "jatuh-bodoh" boleh menyebabkan kerosakan bernilai ribuan ringgit untuk dibaiki.

Jika anda menunggang off-road, "jatuh-bodoh" mudah berlaku kerana permukaan yang tidak rata, ditambah dengan penunggang tak cukup inci. 

Bar pelindung sisi Touratech memastikan Tiger anda selamat dalam situasi tersebut.

Berbanding dengan bar pelindung tiruan yang harganya juga tak masuk akal, bar pelindung Touratech benar-benar diuji agar mampu memberikan perlindungan yang baik dan tidak akan patah di bahagian "bolt" dan skru - sesuatu yang sering berlaku pada bar-bar murah dari China.

Bar pelindung Touratech juga mempunyai lokasi khusus bagi pemasangan lampu kabus.

 

 

Pelindung lampu hadapan Quick-Release

Memasang pelindung lampu hadapan memang penting kerana ia boleh mengelakan lampu kita dari pecah terkena batu.

Sayangnya ia menyusahkan kita untuk membersihkan lampu itu.

Sistem Quick-Release untuk pelindung lampu Touratech membenarkan kita membuka gerigi-gerigi pelindung itu dengan mudah - sekali tarik dan ia terbuka.

Paling penting, berbanding dengan produk tiruan China, skru dan besi-besi pada komponen Touratech ini tidak akan berkarat.

 

 

Pelindung radiator

Radiator bocor boleh membantutkan perjalanan anda, terutama bila jalanraya itu penuh dengan batu gerewel.

Touratech mempunyai pelindung radiator yang dibuat dari aluminium, untuk memastikan ia ringan. Ia juga mempunyai sirip-sirip yang dipotong menggunakan lazer agar nampak kemas dan membenarkan udara masuk.

Ada banyak lagi aksesori Touratech untuk Triumph Tiger 900 dan anda boleh hubungi Touratech Malaysia di 017-288 7014 (Izad) atau 03-7785 7777.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara kelebihannya ialah: Pergerakan fork yang lebih lancar dan konsisten semasa di atas jalan…