Touratech lancar kit katridj suspension depan F850 GS/GSA

oleh HEZERI SAMSURI|
Touratech telah melancarkan kit katridj untuk sistem gantungan hadapan motosikal BMW F850 GS/GSA bagi memberikan pilihan yang lebih kepada pengguna motosikal tersebut.

Touratech Suspension Fork Catridge Conversion Kit itu memberikan pengendalian yang lebih mantap dengan menggantikan bahagian dalam fork hadapan dengan sistem katridj tertutup yang boleh dilaraskan sepenuhnya (fully adjustable).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara kelebihannya ialah:

  • Pergerakan fork yang lebih lancar dan konsisten semasa di atas jalan atau sesi offroad.
  • Sistem Hydraulic Bottoming Prevention yang menyerap hentakan maksimum dengan lebih baik bila tunggangan ekstrem.
  • Kebolehan mengawal kadar rebond, compresson dan preload.

Pemasangan adalah mudah dan boleh dilakukan dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang mesin atau modifikasi kerana hanya sebelah sahaja dari fork hadapan yang perlu dibuka dari motosikal.

Katridj itu datang dengan minyak fork serta caj nitrogen dan berharga US& 1,095.

Touratech Malaysia boleh dihubungi di 03-7785 7777.

 

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
Kini, pemilik Triumph Tiger 900 juga boleh menikmati aksesori Touratech kerana ia telah melancarkan…