Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah pada Isnin lalu dan ketika ditanya oleh ketua hakim sama ada terdapat kesalahan terhadap tuduhan yang dikemukakan oleh Pejabat Pendakwaraya Tokyo, kedua-duanya menyatakan tidak.
Kedua-dua tertuduh didakwa membantu bekas CEO Nissan Carlos Ghosn melarikan diri dari Jepun pada lewat Disember 2019.
Dikatakan, isteri Ghosn, Carolle pada mulanya meminta pertolongan daripada Michael Taylor pada pertengahan tahun 2019, dan sebelum melarikan diri Ghosn sempat membuat pembayaran sebanyak $540,000 dan $322,500 ke dalam akaun bank syarikat pemasaran internet yang dimiliki oleh Peter Taylor.
Menurut laporan daripada Wall Street Journal, setelah pihak berkuasa Jepun mengeluarkan waran penangkapan terhadap kedua-dua anak beranak pada Januari 2020, Michael Taylor telah meminta pertolongan berbentuk perbelanjaan undang-undang.
Ghosn bersetuju dan telah pun menghantar bitcoin bernilai $500,000 kepada akaun yang dimiliki oleh Peter Taylor.
Michael Taylor dan Peter Taylor berhadapan hukuman penjara selama tiga tahun.
Selama berbulan-bulan, kedua-dua Taylor itu mahu mengelakkan ekstradisi ataupun proses serahan balik ke Jepun berhubung kes tersebut, sebelum pihak Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan untuk menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Jepun pada bulan Mac.
Sumber: Wall Street Journal