Peluru makan tuan - Carlos Ghosn diarah bayar kembali gaji RM25 juta kepada Nissan-Mitsubish BV

oleh Mohamad Hanif|
Bekas CEO pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Carlos Ghosn menerima tamparan hebat apabila diarahkan mahkamah Belanda untuk membayar semula ganti rugi bernilai €5 juta (RM25.35 juta) kepada bekas syarikatnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Reuters, kes yang dimaksudkan ini memfokuskan kepada syarikat kerjasama yang didaftarkan di Belanda (Nissan-Mitsubishi BV) di mana Carlos dilucutkan jawatan sebagai pengerusi pada tahun 2010 dan meminta pampasan sebanyak €15 juta (RM76.04 juta) sebagai ganti rugi.

Malangnya, pihak mahkamah Amsterdam berpihak kepada syarikat Nissan-Mitsubishi dan mengarahkan bekas CEO itu supaya membayar kembali €5 juta yang diterima daripada syarikat JV itu antara April hingga November 2018.

Pihak pendakwa mendapati Carlos Ghosn telah menyalahgunakan kedudukan beliau untuk perolehan gaji serta bonus di syarikat NMBV, dan ahli lembaga yang menandatangai kontrak pekerjaan tersebut tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Ghosn sebelum ini telah ditahan pihak berkuasa Jepun atas tuduhan salah laku kewangan, namun bekas CEO itu telah berjaya melarikan diri ke Lubnan dengan bersembunyi di dalam kotak muzik dan dibantu oleh beberapa individu.

Dalam satu kenyataan, wakil Nissan melahirkan rasa berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…