Tokyo Motor Show 2021 - dibatalkan kerana COVID-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) mengumumkan bahawa pameran automotif Tokyo Motor Show 2021 TMS21 yang sepatutnya berlangsung hujung tahun ini dibatalkan.

Pembatalan itu dilakukan atas dasar kerunsingan berkaitan pandemik Covid-19, terutama kes-kes sedang meningkat di kawasan Tokyo, Osaka dan beberapa kota besar di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Akio Toyota, pengerusi JAMA dan juga presiden Toyota Motor, pihak persatuan bersetuju untuk membatalkan terus pameran tahun ini kerana mustahil untuk menganjurkan pameran sebesar TMS21 di waktu pandemik.

JAMA juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk melakukan pertunjukan secara "online".

"Kami mahu kekalkan pameran yang sebenar, bukan online," ujar Toyoda.

Selain dari TMS21, pameran automotif lain yang telah dibatalkan ialah Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara dan Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva.

Namun begitu, ada yang masih diteruskan juga. Tahun lalu, China mengadakan Pameran Kenderaan Beijing 2020 selepas ditunda selama lima bulan.

April 19 ini, Pameran Kenderan Shanghai 2021 akan berlangsung. 

* Laporan penuh di Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi…
Berita Global
Nampaknya Nissan memang mahu menggunakan konsep Nismo kepada model-model mereka yang tidak disangka…