Tissot perkenal jam tangan edisi terhad MotoGP - 8,888 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal bulan yang lalu, Tissot selaku sebuah jenama jam tangan Swiss telah mengadakan pertunjukan koleksi jam tangan Tissot 2019 Exhibition eksklusif bertempat di Suria KLCC. 

Acara yang berlangsung dari 5 hingga 11 Mac itu terbuka kepada umum dan menawarkan pelbagai koleksi jam tangan menarik sehinggalah kepada penawaran terkini untuk tahun 2019. 

Majlis tersebut dihadiri oleh Kim Lim, Naib Presiden Tissot Malaysia; Tipanat Lenbury selaku Pengurus The Swatch Group Malaysia; Michael Winzap, Duta Switzerland ke Malaysia serta personaliti TV merangkap model, Amelia Henderson. 
 


Dalam acara yang sama, Tissot turut mengumumkan pelantikan Amelia Henderson sebagai Friend of the Brand yang pertama di Malaysia yang membawakan pertunjukan vokal kepada rakan media, peminat tegar jam tangan, serta personaliti media sosial.

Antara yang mencuri tumpuan pada Tissot 2019 Exhibition adalah:

  • Tissot Gentleman Automatic
  • Tissot Savonnette Mechanical 
  • Tissot PR 100 Sport Chic Chronograph Lady
  • Tissot T-Touch Expert Solar II Swiss Edition
     


Khusus buat para peminat sukan permotoran, Tissot juga turut membawakan jam tangan Tissot T-Race MotoGP 2019 Quartz Chronograph Limited Edition.

Struktur jam tangan edisi terhad ini banyak diinspirasikan daripada rangka dan komponen motosikal, sebagai contoh casis yang dilindungi oleh gelang gentian kaca yang mengingatkan kita kepada rekaan sport bike. 
 


Rekaan dial pula banyak mengambil inspirasi daripada kluster meter, diikuti oleh kesan benang tayar menambahkan seri di bahagian latar belakang muka jam dan rekaan bezel seakan-akan cakera brek. 

Menambahkan tahap eksklusif jam tangan ini, Tissot hanya menghasilkan sebanyak 8,888 unit di mana setiap satu menerima cop rasmi MotoGP pada bahagian belakang jam tangan. 
 


Spesifikasi: 

Pergerakan Swiss Quartz
Kaca kristal Sapphire kalis calar
Kalis air sehingga 10 bar
Casis 316L keluli tahan karat
Tali getah dengan perincian sistetik
Jaminan dua tahun

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…