Tiga Warga Malaysia, Tiga Kisah Cinta, 60 Tahun Bersama MINI

oleh SALINA JALIL|
MINI telah menjadi sebahagian daripada detik-detik bersejarah yang ikonik sepanjang enam dekad, dan ada antaranya yang telah menyentuh kehidupan warga Malaysia.


Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, MINI Malaysia meraikan tiga warga MINIacs yang mengisarkan kisah cinta pertama mereka bersama MINI. Jenama kenderaan kompak premium yang ikonik ini telah memainkan peranan yang amat bermakna dalam hidup insan-insan tersebut, dan inilah kisah mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kelvin Kok

 

mini

 


Artis grafik tatu dan seorang suami, Kelvin mengimbau semula detik pertama beliau diperkenalkan kepada jentera MINI selepas mendengar slogan MINI ketika itu yang berbunyi: “Go with Your Gut.” Keesokan harinya, beliau berbuat demikian, beliau mendengar suara hatinya. Tiga tahun telah berlalu dan keluarga Kok merupakan pemilik MINI Clubman serta MINI Kensington tahun 1996 yang dibaik pulih. Kelvin mengaku beliau telah jatuh cinta dengan deruman enjinnya yang berkuasa tinggi, serta keluarga besar yang beliau ketemui dalam komuniti yang terdiri daripada pemilik-pemilik jentera MINI; Kelvin menuntaskan kisahnya dengan mengaitkan salasilah MINI yang berusia berdekad lamanya dengan pepatah Mandarin yang klasik: “Jangan lupakan asal usul anda.”

 

Ikuti apa kata Kelvin tentang Mini beliau:

 

 

 

Wan Muqarram Sidek (Mooq)

 

mini 2

 


Mooq berdiri di hadapan jentera pikap klasik Austin MINI dan beliau menyingkap waktu yang diluangkan bersama mendiang bapanya untuk membaiki kereta itu yang hadir dengan sentuhannya tersendiri. Mendiang bapa Mooq telah berhasrat untuk mewarnakan kereta pertamanya warna Hijau ‘British Racing’ serta bernadikan enjin injeksi bertitik tunggal 1.3, menyusur dengan set roda lebar 13 inci, dan paling penting sekali, hadir dengan gril bermaterialkan kayu yang ‘sporty’. Beliau juga menjadikan kata-kata bapanya sebagai pedoman, “Lelaki yang memiliki kelas akan menjaga kenderaan klasiknya dengan baik.” Mooq menamakan pikapnya, ‘Papa Mooqs’ dan bapanya sentiasa tersemat dalam ingatan beliau setiap kali Mooq memandu kenderaan tersebut.
 

 

Dengarkan cerita Mooq di sini:

 

 

 

Lee Siew Hon

 

mini 3


Selain daripada elemen keseronokan dan kelincahan, MINI ini sebuah jentera yang dipercayai.  Di mata Hon, itulah definisi kereta MINI GP kepunyaannya. Jentera kesayangan beliau tidak dibiarkan di rumah sahaja, Hon percaya bahawa kenderaan tersebut dicipta untuk dipandu dan beliau meluangkan masa bersama MINI tersebut sebanyak yang mungkin, sama ada untuk bersiar mahupun berulang alik dari tempat kerja. Hon bukan sahaja menyukai prestasi MINI GP yang unik ini, beliau juga memandang tinggi asal usul jenama MINI dan kisah di sebaliknya yang menjadikan hubungan beliau dengan MINI kepunyaannya sebuah hubungan yang istimewa – seperti kisah cinta warga MINIacs yang lain di luar sana.
 

 

Ikuti penerangan Hon tentang kenapa Mini ini menjadi pujaan hati beliau:

 

 

 

 

 

Tarikan MINI bukan sahaja akan menjadikannya buah mulut orang ramai tetapi ia memberi keterujaan dan yang pasti ia sebuah karya abadi ikonik dalam sejarah automotif. Setelah wujud selama 60 tahun, ia berjaya membuktikan bahawa jiwa MINI semakin menebal dengan semangat permotoran yang unik di samping warga MINIacs di seluruh dunia.

 

Sekiranya anda ingin berkongsi tentang kisah cinta MINI anda, kini MINI Malaysia memberikan anda peluang untuk melafazkan detik-detik peribadi anda bersama MINI dengan menitip tag laman rasmi Facebook atau Instagram milik MINI Malaysia, berserta hastag #MINILOVESTORIES.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengembaraan bermula dengan kembara jalan raya eksklusif dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur, disertai…
Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…