Tiada lesen PSV? Denda RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula hari ini, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu aplikasi seru pandu yang tidak memiliki sebarang lesen PSV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pemandu e-hailing yang beroperasi akan tetapi tidak memiliki lesen PSV bakal dikenakan hukuman di bawah Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM2,000.

Selain daripada itu, kegagalan untuk mempamerkan pelekat perkhidmatan seru-pandu juga boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Pengawal dan Penumpang) 1959.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah pun mengumumkan pelaksanaan mewajibkan pemandu aplikasi seru-pandu memiliki lesen PSV sehingga tarikh akhir 12 Julai ini. 

Kos memiliki lesen PSV bernilai sehingga RM800 itu termasuklah ujian (RM200), caj insurans tahunan (RM300-400) serta yuran pembaharuan lesen PSV (RM20). 

Selasa lalu, dilaporkan hanya 10 peratus sahaja daripada pemandu aktif Grab yang sudah pun memiliki lesen PSV masing-masing. 

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau…
Berita Domestik
  Adenan berkata, pihaknya turut mengesan sebanyak 111 kesalahan teknikal berkait tayar, cermin…
Informasi
  Katanya, perkhidmatan kaunter bagaimanapun memberi keutamaan kepada urusan berkaitan Kenderaan…