Anthony Loke - Hampir 2,000 tunggakan permohonan lesen PSV selesai dalam masa terdekat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Permohonan hampir 2,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang tertunggak melibatkan pemandu berdaftar di bawah Grab Malaysia di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh seminggu selepas cuti perayaan Aidilfitri.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) memansuhkan ujian teori bagi permohonan lesen PSV dapat membantu mempercepat proses permohonan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau dalam talian, maka proses itu agak cepat dan kita boleh keluarkan lesen PSV kepada semua pemandu e-hailing yang telah menduduki kelas teori tersebut," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV di Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, katanya banyak permohonan belum dapat diadakan ujian teori atau diberikan lesen PSV kerana mereka bukan saja perlu menduduki kelas teori tetapi juga perlu mengambil giliran mendapatkan ujian teori yang diadakan di institut memandu, manakala operator e-hailing (EHO) seperti Grab Malaysia pula di pusat ujian di pejabat mereka.

"Setiap minggu mereka perlu mendapat giliran untuk mendapatkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk hadir ke pejabat mereka untuk mengendalikan ujian. Jadi, sudah tentu kapasiti agak terhad kerana setiap minggu mungkin kita hanya dapat mengadakan ujian untuk sekitar 300 orang sahaja," katanya.

Pada 10 April lepas, Loke mengumumkan beberapa penambahbaikan yang melibatkan dasar iaitu had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, pemansuhan ujian teori bagi lesen PSV dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) serta pengenalan kelas teori dalam talian.

Pada majlis hari ini, Loke menyerahkan lesen PSV kepada 300 pemandu Grab termasuk 210 Orang Kurang Upaya (OKU), yang merupakan kumpulan pertama pemandu Grab yang menerima lesen PSV susulan keputusan pemansuhan ujian teori bagi pengambilan lesen PSV.

Beliau berkata pemandu OKU yang kebanyakannya dalam kalangan OKU pendengaran itu telah diberikan lesen PSV selepas menduduki kelas teori.

"Mengikut data yang kita peroleh daripada EHO, pemandu OKU pendengaran mampu pandu kereta dengan baik, bawa penumpang dengan baik, (jadi) tidak timbul isu keselamatan kepada penumpang. Mereka adalah pemandu berhemah.

"Atas pertimbangan itu, maka saya memberikan pengecualian kepada pemandu-pemandu OKU khususnya pemandu OKU pendengaran yang kita rasa boleh membantu mereka dari segi menambah pendapatan," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…