Thrustmaster perkenal roda stereng replika jentera F1 Ferrari SF1000

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar peralatan permainan simulasi perlumbaan Thrustmaster baru-baru memperlihatkan sebuah replika roda stereng yang menyamai stereng perlumbaan Formula One Ferrari SF1000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia diperbuat daripada bahan gentian karbon, paddle shifter daripada aluminium, klac tangan, tempat pemegang berteksturkan getah, serta kehadiran gugusan butang dan dial yang berfungsi sepenuhnya untuk kegunaan perlumbaan di alam maya.

 


Selain daripada itu, roda stereng itu menempatkan skrin interaktif bersaiz 4.3 inci yang mampu memaparkan sehingga 69 informasi yang berbeza dan boleh disesuaikan berdasarkan permainan yang dimainkan.

Roda stereng F1 ini boleh digunakan untuk permainan video F1 2020 bagi platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan juga PC.

 


Jika anda berminat untuk mendapatkan Thrustmaster Formula Wheel Add-On Ferrari SF1000 Edition, ia akan mula dijual pada 20 April di Eropah, dan di pasaran global pada 26 Ogos ini.

Harga jualan bermula dari $350 (RM1,439) manakala add-on T-Chrono Paddles pula bermula dari $70 (RM288).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Thrustmaster, syarikat pembuat alat permainan lumba kereta untuk konsol permainan video seperti…