Stereng Sparco kini boleh dipasang pada alat permainan PlayStation

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Thrustmaster, syarikat pembuat alat permainan lumba kereta untuk konsol permainan video seperti PlayStation dan Xbox, telah mengumumkan kerjasama dengan pengeluar barangan khusus untuk kereta lumba dari Itali, Sparco.

 

Sparco2

 

Kerjasama ini bermakna, anda sekarang boleh memakai roda stereng asli buatan Sparco yang sama seperti digunakan pada kereta anda untuk bermain mainan video PS4.

 

SparcoGaming

 

Ini kerana diameter roda stereng Sparco untuk PS4 adalah 330 mm, sama seperti yang didapati dalam kereta-kereta lumba. 

 

Sparco6

 

Sparco1

 

Sparco Gaming ialah syarikat khusus untuk alatan permainan video. Ia ada juga membuat kerusi lumba yang boleh digunakan untuk permainan seperti GT Sport, Project Cars 2 dan Forza Motorsport 7. 

 

Sparco3

 

Thrustmaster memang terkenal dikalangan pelumba dunia maya kerana produk-produknya yang berteknologi tinggi. Thrustmaster juga dipilih sebagai stereng rasmi permainan terunggul PS4 iaitu GT Sport, yang bakal dikeluarkan bulan September nanti. 

 

Sparco pula sudah lama berkecimpung dalam dunia lumba kereta, sebagai pengedar alatan khusus untuk lumba kereta seperti sarung tangan, topi keledar dan kerusi lumba. 

 

Sparco4

 

“Dengan kemunculan permainan video canggih yang seakan sama dengan dunia realiti, matlamat syarikat kami ialah untuk menyokong dunia lumba alam maya dengan produk-produk inovatif bagi peminat e-racing,” jelas pengurus program Sparco Gaming, Davide Brivio. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia diperbuat daripada bahan gentian karbon, paddle shifter daripada aluminium, klac tangan, tempat…